Thursday, December 31, 2009

Engkau Harus Tahu

Lagu : Ahmad Helmi
Lirik : Dianne Dayanna :)

Di kaki langit aku sembunyi
Dari bintang aku mengejar
Mencari damai hati
Merawat luka jiwa yang pijar

Engkau pasti tahu
Apa maksud aku
Masih tunggu kamu
Di kaki langit

Di sisi awan aku berselimut
Bersama malam buat ku rindu
Badai memaksa aku berpaut
Jalan gelap di depan, kabur kabut kelabu

Engkau pasti tahu
Apa maksud aku
Masih tunggu kamu
Di kaki langit
Engkau harus jujur
Terus terang denganku
Apa layak aku
Ada di sampingmu

Listen HERE

Thursday, December 24, 2009

tolong

Tolong berhenti bercakap
Saya tak mahu dengar
Tolong jangan bercerita
Saya tak mahu tahu
Saya ingin hujan
Bisingkan telinga ini
Supaya saya tak rindu
Kata-kata terakhir yang menyentuh hati

Tuesday, December 15, 2009

semalam saya mimpi

Semalam saya mimpi kita berlari
Berpegangan tangan ketawa riang
Awak senyum seceria mentari
Kalau begini, biar selamanya siang

Semalam saya mimpi awak nyanyikan lagu
Sambil merenung ke tasik biru
Awak katakan cinta kita takkan berlalu
Sekukuh tembok berbatu

Hari ini saya bangun pujuk diri
Menangis bagaimanapun awak tetap pergi
Lagu indah saya simpan di sudut hati
Dan… saya tetap senyum bahagia
Saya tahu awak pasti ada
Malam nanti kan saya boleh mimpi yang sama?

in response to Eein's poem :

Semalam saya mimpi kita pegang tangan
Jalan-jalan tepi kolam
Awak senyum seindah bintang
Kalau begini, biar selamanya malam

Semalam saya mimpi awak bacakan buku
Sambil baring atas padang
Awak cerita sepertinya berlagu
Hati runsing bertukar tenang

Hari ini saya bangun pujuk hati
Awak lepas tangan saya lalu pergi
Buku saya simpan dalam almari
Dan... air mata basah di pipi
Saya tahu awak tak mungkin kembali
Kerana semalam hanyalah mimpi

Esok

Saya tak boleh tidur
Ada radio dalam kepala
Jerit-jeritkan nama awak setiap masa
DJ-DJ ni memang sengaja
Buatkan saya sakit jiwa

Saya asyik berhujan
Dalam mata sudah banjir menderu lajunya
Sampai merah dan bengkak segala
Tisu berselerak di sini sana
Buatkan saya sakit di dada

Saya kerap bermimpi
Berulangkali sampai ke pagi
Nampak awak terus berlari
Ke hujung dunia dan hilang tak kembali
Buatkan saya sakit hati

Sudahlah
Esok saya harus lelap
Mata ini harus kering
Tidur saya harus tenang

Esok...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, December 11, 2009

ketuk ketuk

Ketuk pintu hati
Seperti ada bunyi
Seperti ada seseorang bernyanyi
Seperti ada rentak berseni
Seperti galak berjanji-janji

Jauhlah
Jangan ketuk lagi

Eein wrote:
Ketuk pintu hati
Tiada suara berbisik kata sakti
Tiada wajah muncul menghias mimpi
Tiada senyum seindah pelangi
Tiada degup jantung menari

Tunggulah
Nanti ketuk lagi

Dianne wrote:
Ketuk pintu hati
Seperti ada bunyi
Seperti ada seseorang bernyanyi
Seperti ada rentak berseni
Seperti galak berjanji-janji

Jauhlah
Jangan ketuk lagi

Izni wrote:
Ketuk pintu hati
Jangan terlalu berhati hati
Jangan biar langkah mati
Jangan simpan dalam hati
Jangan abai rasa hati

Luahlah
Cuba ketuk lagi

Ketuk pintu hati
Mana pergi sinar tadi
Mana hilang hasil digali
Mana benar sebentar disini
Mana paksi perlu abadi

Hilanglah
Harus ketuk lagi

Ketuk pintu hati
Biar ia jadi misteri
Biar puas mereka zalimi
Biar nanti nadi berhenti
Biar kebenaran milik hakiki

Usailah
Usah ketuk lagi

Lewat

Dia pasang lampu kelip-kelip
Di tengah pekat malam
Moga nampak wajah si gadis
Moga cerah harapan memandang si manis

Dia maju lima langkah ke depan
Terjenguk-jenguk di perkarangan
Kereta Kelisa di buka tutup pintu
Konon mencari ke mana sepatu

Dia berjalan ke tepi rumah
Mengutip dua tiga helai daun sebagai sampah
Keringat di dahi mula tumpah
Dia terduduk resah gelisah

Dia tidak tahu
Gadis sedang memandang sayu di sebalik pintu
Cintanya akan pergi malam itu
Kerana dia terlewat
Lambat sungguh meluahkan apa di kalbu
Dan esok gadis akan bergelar isteri baru

bumi, batu batan, awan dan pinang

saya mahu bawak awak pergi bulan
tengok bumi dan laut di celah2 awan
kutip batu batan buat kenangan
hanya berdua tak ada yang campurtangan

kita belah dua pinang jadi tak sepadan
jalan sama-sama, senyum terus dalam angan

written in response to Emi's kucing, pungguk, pisang, dan buah pinang :

Saya mahu bawak awak jalan-jalan
cari kucing yang bertanduk dua
cari pungguk yang dah tak rindukan bulan
makan pisang yang berbuah kali kedua

kita belah dua pinang jadi tak sepadan
jalan sama-sama tambah satu lagi kenalan?

Wednesday, December 9, 2009

Yang Aku Tahu



Aku mahu hilang bersama konsentrasi yg hilang.
Mahu pergi dari kecamuk akal.
Mahu tenggelam memandang langit.
Mahu lari di sisi permata, biar terpijak segala kaca.
Mahu diam terpencil berdua.
Dan berairmata semahu-mahunya.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, November 22, 2009

untuk cinta (ii)

kotak kosong warna putih
ada hati dan seluruh jiwa saya
isinya setahun perkenalan kita
bunyi gema itu tanda cinta
yang kita kumpulkan berbulan lamanya
siapa sangka
bicara lewat malam jadi kata-kata manja
tapi takkan berulang kenangan lama
hanya untuk ditayang di minda cuma
awak,
saya rindu genggaman tangan kita
Selamat Ulang Tahun yang pertama
biarpun saya raikannya berseorangan saja
saya tahu awak sayang saya
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

untuk cinta (i)

pokok goyang
angin bisikkan kata-kata manis
senyum tak hilang
kenangkan hati di pasir yg kau lukis

daun terbang
ribut datangkan sejuk menggigil
kau peluk dan aku tenang
damai melihat cantik si bibir mungil

cahaya terang
ku lihat ada bulan di mata itu
makin menjauh kau bawa pulang
ada gelora di jiwa dan kalbu

cinta, maafkan aku
mengenalkan kau dgn erti rindu
bila tahu aku tak mampu
terus sayang seperti selalu
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, November 4, 2009

tahu

aku sudah tahu sedari dulu
lantai yang reput kalau garang dipijak
berkali-kali dihenyak
tak lama, akan runtuh berselerak

aku sudah tahu sedari dulu
dinding yang cuma disendal kayu
di kawasan anai berderu
tak lama, akan jatuh termangu

seperti aku tahu dari dulu
bila aku ikatkan perjanjian itu
yang pada sampai satu waktu
kau dan aku tak mungkin lagi bersatu

jantung akan berhenti berdegup
langit cerah perlahan kan redup
angin di daun makin sayup

alam diam

terasa baru semalam jantung bernyanyi
seolah baru sekejap jantung memeluk diri
baru juga hatiku berhenti dan jantung berlari pergi
tapi dia kembali
cuma kini hakikat tak mampu bersembunyi
pengakhirannya telah tiba
di sini...

Wednesday, October 21, 2009

#

laut dihadapanku tenang
gelora jiwaku tak henti
pasir dikakiku halus membelai
perjalanan cintaku beronak duri
mentari di ufuk timur bercahaya
hatiku gelap tak bersuluh
di pantai aku rimas
di gigi air aku lemas

rindu

Wednesday, October 14, 2009

biar

rentak pada jari
pandang masih sepi
biar!

kamu carik hati dia
koyak berterbangan ke sini sana
kamu remukkan jiwa dia
hancur lebur tak nampak bentuknya
oh, tak apa pula?

tapi bila aku masih bernyawa
bila aku datang menerpa
kamu katakan aku yang durjana
kenapa?

tolong ya
yang ada pegangkan tangan saat dia menangis
yang wujud memeluk bahu saat dia terhiris
yang di situ mendengar setiap cerita pedih
aku!

lupakan sakit kamu
aku tak mahu tahu
biar!

Thursday, September 3, 2009

buku cinta

treat me like your love storybook
do not skip a page
you might miss the best part

hilang suara

sekuat mana aku jerit
kau takkan kembali
panjang mana ratapan sendu
kau takkan ada di situ
selama mana aku tidur dan bermimpi
bangunnya aku masih sendiri

tak mampu berkata-kata
tak mungkin bermelodi bahagia

sayang, aku cinta
kamu di mana?

Wednesday, August 26, 2009

Itu Bulan Aku

Itu bulan aku
Meski kau kata kau punya
Kau simpan bacakan jampi serapah segala
Maaf, telah ku ambil dan sorokkan ia
Separuh di bawah meja makan
Suku di sebalik almari cawan
Suku lagi di antara baju-baju yang berselerakan

Itu bulan aku
Tujuh dulang kamu aku balas dengan sepuluh piring
Kecil
Tapi dia katakan cukup-cukup saja
Maka berseliratlah aku dengan bintang dan awan
Bersinar-sinar hati yang sedari semalam rawan

Itu bulan aku
Rebut dan kamu akan rebah
Capai dan kamu akan jatuh
Di hujung-hujung saja kamu dapat berpaut
Kejam, aku tahu
Tapi itu bulan aku

Wednesday, August 19, 2009

di balik awan gelap

Bulan
Kita hanya bersua bila matahari berpergian
Tidak apa kan?
Kamu masih janji untuk bersamaku selamanya kan?

Monday, August 17, 2009

Dilema

Aku tak perlu tahu
Dengan siapa kau bercanda malam itu
Biarpun panggilanku tak berjawab
Dan SMS hanya dibalas senyap

Kerana aku cinta
Panggilanmu ku sambut setiap masa
Tak pernah aku meninggi suara
Biar jiwaku sakit dihentam dusta

Aku tak payah meneka
Ke mana gerangan kau menghabiskan waktu
Sebetulnya aku tak mahu tahu
Informasi yang cuma akan melukakan aku

Kerana aku cinta
Aku biarkan dia berkongsi kamu
Mendapat perhatian dan kasih selalu
Sedang giliranku makin dicatu

Aku tak ingin dengar
Perbualan kalian buatku tegar
Tak perlu menyorok di balik pintu atau di celah-celah buku
Aku tahu dia mencari kemana kamu

Kerana aku cinta
Aku semakin lemah untuk bersuara
Rasa janggal, rendah diri pun iya juga
Bimbang kau tanyakan aku ini siapa
Sedang ku sedar aku yang kedua

Aku tak mahu peduli
Apa yang kau beli untuknya tadi
Mataku pejam saat kau hilang
Baikku diam dari meradang

Kerana aku cinta
Aku tak patut cemburu
Biar saja masa menentu
Apa kamu untuk dia atau aku

Friday, August 7, 2009

Bunyinya mudah, hakikatnya payah...

Bunyinya mudah
When someone says “Babe, let him go”
Hakikatnya payah
Bila hati berubah-ubah

Malam yang tenang jadi berserabut
Tidur yang panjang yang berkabut
Dan pagi pun kosong…
All because of you
Penat

Tiap-tiap hari janji pada diri sendiri
Dan pada bestfriend yang membebel tak henti
Okay, promise I won’t text him again
Dia memang menyakitkan hati
Dia jahat
Dia itu dan ini
Alah… Tak sempat tengahari…
Tangan gatal scroll nombornya lagi
Sekadar bertanya sudah makan kah si jantung hati?

He has new status on facebook!
Eh.
Dah la tu jadi stalker..
Nanti hati sendiri yang terluka
Bila new comments tertera
Dari si gadis berkebaya biru
Atau si manis berambut paras bahu
Atau si jelita bertudung yang nampak pemalu
Entah-entah bakal isterinya, manalah tahu?

Dia sakit.
“Oit, boss panggil kau!”
Dia sakit.
“Weh, kau siapkan paperwork ni sikit lagi..”
Dia sakit.
Meeting pukul 3”
Dia sakit. Dia sakit. Dia sakit.
Boss, kerja dan meeting pun melayang
Hanya wajah dia yang lesu terbayang
Marah macamanapun…
Sayang.

Dari pulang kerja asyik menunggu
Berharap agar dia tahu bahawa hati sangat rindu
Tak perlu tonton wayang
Tak perlu makanan mewah terhidang
Hanya dia yang mahu dipandang
Bahagia sebentar pun jadilah
Sakit berhari-hari pun tak apalah
Gila.
Membazir masa.
Tapi degil juga.
Apa yang dia dah buat sebenarnya?
Tak ada apa-apa.
Right.
Kau memang gila.

Hujung minggu tiba
Dia tiba-tiba mempelawa keluar bersama
Haih, jantung.. stay where you are
Don’t stop beating for I couldn’t breathe
Suka. Suka. Suka.
Tapi itulah…
Gembiranya sebentar cuma
Keesokan ditinggalkan lagi tanpa berita
Damn! Aku bodoh atau dia yang celaka? (whoo..!)

Kawan-kawan,
Jangan ringan mulut mengata orang
You won’t understand until you’ve experienced it
Bunyinya mudah
When someone says “let him go”
Hakikatnya payah
Bila tanpanya hidup jadi resah
Sungguh susah
Maka harus tabah?!

;-)

Sunday, July 26, 2009

Busy You

Your job needs you 24/7
You need to finish your assignment
You have another girl taking you out
And seek your attention with a pout
She wanted you to follow her shopping
Then you bought her a few things
(God I hate her)
Your mom asked you to go home
And fix the tv in monochrome
Your dad called to request for money
He wants to buy a new tv
Your sister needed a lift
So you couldn't even resist
Your brother wanted to borrow your car
He said he was not going anywhere far
You play badminton on Monday
And invite friends for futsal on Thursday
You don't have time for a movie
Even lesser hours to see me

But it's okay
I'll figure out how to steal you back
For you robbed my heart and now it's wrecked
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, July 16, 2009

Chase

Read it as fast as you can and slow down after the *

I ran a hundred miles
I jumped up and down
I skipped my way through lunch
I slept for hours and hours
I was on the billboard
I sent messages through hot balloon
I might have been on TV at one time
I recorded my voice for radio
I texted literally everyone
I crossed that huge bridge
I swam the icy cold river
I took a train across borders
I was on board so many flights
I made noises around town
I waited in silence by the countryside

Still you're not here with me

I kissed my future goodbye
I stayed and found out you lied
I laughed at your unavailability
I think I'm stupid for loving thee

*
I'm just tired
*
And I'm just tired
*
Chasing you

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, July 14, 2009

Diamlah Rasa

Baca seperti sedang membaca buku cerita untuk adik2 kamu pls..

Semalam kita berjumpa
Dari jauh kamu senyum menggoda
Jantungku berhenti berdegup rasanya
Kamu renung tepat ke mata
Dan lembut berbicara
Seolah dalam dunia ini hanya ada kita
I was thinking eh, betulke kita tak ada apa-apa?

Haih..
Diamlah rasa

Semalam kita berjumpa
Kamu buat macam biasa
Bergurau, bersenda, bercerita
Seolah rindu kerana lama tak bersua
Terasa muka bercahaya-cahaya
Senyum panjang berjela
I was thinking, so this how it feels to be "bahagia"?

Haih..
Diamlah rasa

Semalam kita berjumpa
Aku dipanggil sayang dan dimanja-manja
Tanpa ku sedar dua hati bertaut mesra
This is it! Ingin ku beri seluruh jiwa
Ingin ku laungkan pada dunia dia aku yang punya
Mahu ku kisahkan setiap kata rindu darinya
I was thinking, ok aku janji akan setia

Haih...
Diamlah rasa

Semalam kita berjumpa
Menonton wayang dan makan2 bersama
Kamu gembira seperti selalunya
Tapi kenapa tangan tak berhenti sms saja?
Hm. Siapa gerangan di sebelah sana?
Mulut berat bertanya
Tapi fikiran mula mereka cerita
I was thinking, so aku ni siapa untuknya?

Haih...
Diamlah rasa

Hari ini tiada khabar darinya
Sepatah sms pun tak ada
Apatah lagi panggilan membawa berita
Macam tulah hari2 seterusnya
Kecewa.
Ke mana gerangan dia yang ku puja?

Haih..
Diamlah rasa

Lewat petang tangan ringan to check out his facebook
Bukan apa, just to have a look
Berat jiwa melihat status baru
Rasa diri dihempap batu
Ada gadis meninggalkan komen
"Sayang, see you tonite hope it's not gonna rain"
I was thinking, oh ini rasanya ditinggalkan tanpa kata
Ini rasanya dipermainkan mulut manis jejaka
Ini rasanya
Ini rasanya

Haih..
Diamlah rasa
Tolonglah pergi, cinta
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, June 28, 2009

Today is not Yesterday

I've known you for awhile
You broke my heart too many times
You loved me and then said goodbye
You gave in but suddenly I'm denied
You listened to everything I said
And ensured that I feel safe
But like the uncertain struck of lighting
The next day you left me hanging
You would kissed me goodnight
And forgot that we had a bad fight
Then the morning after
Our relationship became a disaster
You could've given me the world yesterday
And became a stranger to me today

I have stopped hoping
I have stopped waiting
Thank you dear, for everything

I'm ready..
To wake up tomorrow
And expect that you're not there anymore
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, June 27, 2009

At Least

Note: Puisi yg bukan puisi dedicated to the one who has surrendered her love life to fate.. Babe, ur my inspiration! Hee hee~

Saya seorang di rumah
Menunggu panggilan telefon
Tak berdering juga
Saya pandang kiri
Saya pandang kanan
Empty...
Saya pujuk hati
At least he texted me bertanya khabar
Cukuplah...

Saya jalan-jalan ke the Curve
Mengharap dia di sisi
Tak ada pun
Saya pandang kiri
Saya pandang kanan
Empty...
Saya pujuk hati
At least he replied my texts
Tak panjang... Tapi reply juga

Saya masakkan segala macam
Simpan elok-elok dalam bekas
Berfikir nak bagi ke tak?
Saya pandang kiri
Saya pandang kanan
Bolehlah...
Saya pujuk hati
At least dia makan
Puji sikit-sikit... Tapi licin juga

Saya siapkan diri bila dicari
Mengharap di ajak ke sana sini
Saya temankan bila dia sunyi
Tapi bila saya yang sunyi
Dia diamkan diri tak dapat ditemui
Saya pujuk hati.
At least dia ada
Somewhere.. But he's there

Mungkin saya tak punya dia
Tapi hati saya tetap miliknya
(Buat masa ni lah...)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, June 17, 2009

Kolaborasi Hati - the nicest one so far. :-)

Dianne wrote:

Bila saya jeritkan pada hutan
Daun pun berguguran
Bersama hati semua jatuh berselerakan
Rindu.
Sungguh.

Kamu tak tahu betapa banyak masa saya habiskan
Pun tak mengganggu kerja tapi dalam fikiran
Mencatur mencongak apa yang kamu mahukan
Bila diam membisu saya keresahan

Eein wrote:

Bila saya jeritkan pada pantai
Ombak tenang pun menjadi badai
Jiwa saya ribut tak pernah selesai
Risau.
Sungguh.

Kamu hadir di kala lewat
Pergi pula terlalu cepat
Puas menunggu namun aneh, saya tak pernah penat
Bila jauh, kamu tetap saya ingat

Nonie wrote:

Bila saya jeritkan pada angin
Gerimis hadir sebarkan sayu seisi bumi
Seperti hati saya, namun tangisnya dalam diam
Pedih.
Sungguh.

Kita pernah singgah pada babak yang sama
Kita sedang bertapak pada jejak yang serupa
Kita masih di situ berkongsi rahsia alam
Cerita saya dan cerita kamu berbeza
Saya jadi pasrah pada pengakhirannya
Bila tiada kamu di penghujungnya

Zieda wrote:

Bila saya jeritkan pada hujan
Kilat pun berdentum
Jantung saya berdegup kencang
Takut.
Sungguh.

Kamu sungguh dah berbeza
Kamu sibuk tak endahkan saya
Saya takut kamu berlalu
Walau sibuk mana saya mesti ingat kamu


Balqis wrote :

Bila saya jeritkan pada gunung
Batu-batu yang kukuh mula runtuh
Saya tertanya sendirian
Bingung.
Sungguh.

Kenapa kamu tidak pernah peduli
Kenapa kamu tidak pernah mengerti
Atau kamu berpura-pura?
Walau hati amat mencintai...

Bila saya jeritkan pada bulan
Gerhana datang gelapkan alam
Saya di sini kesepian
Sunyi.
Sungguh.

Kenapa kamu tak kunjung datang
Kenapa kamu bergegas pulang
Atau kamu tak mahu berjanji?
Kerana risau hati saya dilukai…

Wajie wrote :

Bila saya jeritkan pada langit
mendung berarak seolah mengerti rahsia hati
Keliru.
Sungguh.

Jangan persoalkan kenapa terjadi
Jangan harapkan sesuatu yang tak pasti
Terluka atau melukai
Itu pilihan kita sendiri

Bila saya bersujud berserah pada Tuhan
Tenang melingkar jiwa yang hampir mati
Damai.
Sungguh.

Wahai hutan,pantai,angin,hujan,gunung,bulan dan langit
Dengarlah rahsia hati kami
Bawakan keindahan bukan kesedihan
Kerana kami selayaknya disayangi

:)

Monday, June 1, 2009

if i ask you to leave me

if i ask you to leave me
how long will it take for you to forget me?

would you consider those months we spent,
or hours we held hands?
would you send me an I LOVE YOU note through the fax,
or you’d just ask for all your things back?
would you try harder to keep me with you
or ensure that i’m gone before i can say how much i miss you

would you just simply delete me from facebook,
or take out my number from your phonebook?
would you cry all night thinking what was wrong,
or laugh because you think the relationship was already too long?
would you go seeking for the ex’s shoulder,
or fill my bedroom with bouquets of roses in lavender

would you call once in awhile to make sure i wont go wild,
or would you forget who i was, the one you used to call YOURS?
would you come and visit when i’m ill,
or pretend you’re too broke to buy me a meal?
would you annoy me by telling people i’m still in love with you,
or admit that you still love me too?

would you still wish me on my birthday,
or go missing for a week on a romantic getaway?
would you still love me dear,
would you still love me for who i am today?

if i ask you to leave me

if i ask you to leave me
how long will it take for you to forget me?

would you consider those months we spent,
or hours we held hands?
would you send me an I LOVE YOU text,
or you’d just ask for all your things back?
would you try harder to keep me with you
or ensure that i’m gone before i can say how much i missed you

would you just simply delete me from facebook,
or take out my number from your phonebook?
would you cry all night thinking what was wrong,
or laugh because you think the relationship was already too long?
would you go seeking for the ex’s shoulder,
or fill my bedroom with bouquets of roses in lavender

would you call once in awhile to make sure i wont go wild,
or would you forget who i was, the one you used to call YOURS?
would you come and visit when i’m ill,
or pretend you’re too broke to buy me a meal?
would you annoy me by telling people i’m still in love with you,
or admit that you still love me too?

would you still wish me on my birthday,
or go missing for a week on a romantic getaway?
would you still love me dear,
would you still love me for who i am today?

Friday, May 22, 2009

Kalaulah Mungkin

Kalaulah mentari itu tiada
Akan mungkinkah hariku cuma dipelita bulan?
Kalaulah Romeo itu cinta
Akan mungkinkah Juliet mempermainkan jiwanya?
Kalaulah benteng hatiku ini pasir
Akan mungkinkah tenggelam dirimu ke dalamnya?
Kalaulah lautan itu dalamnya sejengkal
Akan mungkinkah aku tetap mati kelemasan?
Kalaulah langit itu tingginya boleh dicapai
Akan mungkinkah kita berdua berterbangan?

Kalaulah kamu untuk aku
Betul atau tidak aku juga untuk kamu?

Tuesday, May 19, 2009

Luck & Lucky

Luck is those moments when I see you each morning
Luck is the promises you put in this ring
Luck is the smile you give when you’re happy
Luck is when you told me I look lovely
Luck is those lingering kisses on my cheek
Luck is those tears you shed when I’m in need
Luck is when I’m home and you’re there to hold me
Luck is the patience you have when I act silly

If Luck is You, then I am Lucky
:)

Monday, May 18, 2009

;-p

Aku penat cemburu
Walau ku tahu tak perlu
Penat merakam waktu
Memikirkan apa yang tak ku tahu

Tuesday, May 12, 2009

Cerita Si Pengutip Hati

Biarkan aku mengusung pergi
Sebakul hati yang aku kutip sedari tadi
Yang kau campak bertaburan di sana sini
Yang kau hancurkan berterbangan berlari

Secebis hati ini
Adalah sisa kelmarin waktu kau memelukku erat
Dan katakan jiwa kita terlalu dekat
Nadi kita bersatu dan urat berselirat

Secebis ini pula
Adalah sisa kelmarin waktu kau memandangku tepat
Dan katakan jiwa kita terlalu sarat
Dengan segunung cinta hebat

Secebis yang itu
Adalah sisa cerita kau dan aku
Di tasik biru, di langit kelabu
Di hujung hutan batu
Di sebalik maya, merah dan jingga bersatu

Sungguh aku mahu hadiahkan senyum
Tapi tak daya
Kesudahan yang ku temu cuma lara
Penting untuk aku pecahkan mimpi-mimpi lama
Biar kacanya terusan mengguris rasa

Thursday, May 7, 2009

IF



If this is the wind that goes through your door
I want to be the fallen leaves
If this is the rain outside your window pane
I want to come from the cloud
If this is the warmth you feel on a cold night
Let me be your blanket
If this is the empty road heading to the vast desert
Take my hand for I’ll be with you in every step
If this is the dark cave with nothing but echo
I promise to light it up like there’s no tomorrow
If this is the hugs you need when you’re sad
You can have mine, each and every bit
If this is the kisses you long when you sleep alone
I’m here to shower you with lots of it

I love you

Try breaking my heart
Or try leaving me torn apart
Just so you know
I will never let you go

p/s: mcm garang je ending die. haha

Eein wrote :

If this is the time you always value
I want to be every minute of your everyday
If this is the writing you always carve...
I want to be in every line of your every word
If this is the mirror you always look at
I want to be the reflected image
If this is the song you always hum
I want to be your sweetest nightingale
If this is the woods you sometimes walk in
I want to be the breeze through the trees
If this is the distance I have to bear
I will miss you like nobody else…

Nonie wrote:
If this is the smile u carved on your face
I want to be the reason for it
If this is the tears you cried out
I want to be the one who wipe it
If this is the laugh you burst out...
I want to be the person you share the laugh with
If this is the pain you suffer from
Let me be the medicine to heal it
If this is the secret you safely hide
Let me be the memory to absorb it
If this is the tie that keeps us close
Let it remains even it means to keep a distance from you

Sunday, April 26, 2009


taken on my way to KL from Johor

Suria berdikit menyentuh sukma
Saat bulan masih memelita
Tak menunggu waktu
Angka beralih laju
Berdolak
Berdalih
Berdegil

Mahu juga suria mengambil alih jiwa ini
Ke tepi bulan! Ini penghujung
Dalam diam sakit menanggung
Tapi tak mampu berselindung
Mega berpihak pada suria walau berarak mendung

Fajar makin menyinsing
Hati makin kering
Bintang berlarian ke semua arah
Bimbangkan bulan yg makin parah

Apa malap sinarmu bulan
Saat hatiku dilitupi awan?
Jangan
Kerana malam nanti kita kan bertemu
Walau tak lama tapi cukup utk mengulit rindu

-dianne@inlaws 1038hrs
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, April 23, 2009

Laut oh Laut

Dianne :

Laut oh laut…
bulan depan kita kan bertemu
memandang matahari di pertama waktu
pedih di mata tapi hati bersatu
merenung bulan di terakhir kali
tak mahu aku meninggalkan memori

Eein :

Laut oh laut…
sungguh tak sabar untuk bertemu
melihat camar terbang hinggap di batu
bagai memandang engkau dan aku
mencipta memori indah walau sesaat waktu

Laut

Eein wrote :

Di laut itu kulihat kamu
Yang misteri lagi biru
Inginku selam laut itu
Biar pasti kau juga rindu

Di laut itu kujumpa dirimu
Kadang berombak kadang tenang berlagu
Sering aku dikeliru tingkahmu
Namun ingin jua dekat padamu.

Dianne wrote :

Di laut itu kutemui kamu
Jernih senyum tak dimakan waktu
Nampak dekat boleh dicapai
Bila ku capai tangan tak sampai

Di laut itu kupandang kamu
Terapungan menanti jiwa bersatu
Moga tertulis kamu untukku
Jangan berlalu sayang, kekal di situ

Tuesday, April 21, 2009

tunggu


langit Kota Bharu


aku tunggu kamu
di balik pintu
di celah buku
di langit biru
di kamar beradu
di angin lalu
di padang rumput
di tengah laut
di sinar bintang
di pelangi petang
di hujung jemari
di antara rangkulan tadi

aku tunggu di sini
tapi tidak ternanti-nanti

Thursday, April 16, 2009

Pelik Itu Kita - Collaboration Mood (ii)

jangan kata aku pelik
kerana aku cinta
usah kata aku pelik
kerana kau pun sama

kita yang pelik
membaja rasa pada yang tak pasti
kami yang pelik
mengusul jiwa pada yang menyakitkan hati

kita suka perkara pelik
gemar mencuba kononnya unik
suka juga orang yang pelik
bijak merantai hati yang penuh listrik

kita sering berangan yang pelik
mengharap ribut kala hujan rintik
mengharap panas saat angin menghembus
mengharap terang bila berkabus

aku dan kamu serupa
luahan berbeza namun peliknya sama

- written and revised by Eein, Nonie and Dianne

Wednesday, April 15, 2009

collaboration mood (i)

eein wrote:

aku masih di langit itu
mengharap tatapan hangat matamu
setia menunggu ceritamu
masih menanti khabar darimu

aku masih di langit itu
menyapa angin yang berlalu
bertanya adakah mungkin terlihat dirimu
singgah di awan tanpa jemu
ingin tahu kamukah itu tempatku


dianne wrote:

aku masih di langit itu
memandang jauh mengharap teduh
kadang di awangan kadang tetap berpijak
sekali senyum hatiku runtuh
sekali hilang jiwaku retak


nonie wrote:

aku masih di langit itu
dilitupi awan tanpa kamu sedari
dipanah petir terluka hati
dibakar mentari rentung jiwaku
dihujani beban ingatan untukmu

Friday, April 10, 2009

sedang aku berdiri

meragu pada cerah
rintik terasa akan tiba
merisik pada sutera
mahukah berteman di peraduan beta?
pipih tapi tetap kuat untuk membawa berita
senyum itu jadi makanan pada nyawa
walau ada ketika aku hanya di suap curiga
dengan siapa kau bercanda?

Monday, March 30, 2009

Reminder

I've been dealing with your style plenty
Now it's my time, deal with me

Thursday, March 26, 2009

.....

sebutir pasir
di tengah gurun
di padang hijau
di pulau terpencil
di celah lautan manusia
di bawah rimbunan pohon hutan yang melata

.
.
.
.
.
kecil

Monday, March 23, 2009

I DON’T


taken using blackberry

I don’t wait for the rain to fall
I will fly and be inside the cloud
I don’t wait for the rainbow to spread the colors
I will paint the sky myself
I don’t wait for the night
I will stand there under the broad daylight
I don’t wait for winter to stop the heat
I will be the chameleon and hide among the trees

I’m running and I don’t wait for you
I might go before you have the chance to say
“I love you too”

Nonie responded on 2nd April 2009:

I wait for the rain to fall
Even i don't have the umbrella
I wait for the rainbow to spread the colors
Even it's just for a while
I wait for the nite
Even i'm afraid of the dark
I wait for winter to stop the heat
Even i know i will freeze to death
I’m running but I wait for you
Even i know this is insanity

Teach my heart to forget him for it doesn't know how to do it
Teach my mind to deny for it too easy to be fooled by you

Tuesday, March 10, 2009

Ke sini Kamu

Ke sini kamu..
cerahkan maya ini dengan lagu cinta untukku
jadi tabir pada layar yang menarikan kisah palsu
angan tak henti berderu di minda
berdesir di telinga
dan api kasih makin lama makin menyala

Ke sini kamu...
benteng di pantai hati makin terhakis
ku paksa pelangi berwarna tapi enggan terlukis
sayang, aku tak mahu kamu diam
atau bermuka muram
biar sering aku menangis kerana sungguh aku tak faham

Sayang...
peluk aku seperti selalu
hanya kamu yang ku perlu


This is written in response to Eein's poetry as posted below :

Datang padaku...
ceritakan aku kisah hidupmu
bicara denganku perihal angan dan citamu
khabarkan aku tentang harimu
kagumkan aku dengan karyamu

Datang dekatku...
bisikkan aku ayat indahmu
alunkan aku lagu rindumu
dengarkan aku rentak jiwamu
pesonakan aku dengan senyummu

Buat kamu yang sering hadir bagai mimpi
hilang lenyap kala kubuka mata ini
datang ke mari, temani aku di sisi
jangan pergi... tinggalkan aku sendiri.

Tuesday, March 3, 2009

tidak

bisa tidak aku noktahkan cerita ini?

kuat tidak aku lupakan kemanisan ini?

mahu tidak aku berhenti bertanyakan khabarmu lagi?

sanggup tidak aku lepaskan kamu pergi?

tidak

Friday, February 27, 2009

(sambil aku menuding jari ke dadamu)

ini kamu yang sudah ku ceritakan kepada mereka tentang kehebatan kasih sayangnya
ini kamu yang lembut bicara sekalipun marah membara
ini kamu yang mencium dahiku, pipiku, bibirku dan lafazkan setia
ini kamu yang melayanku mesra sekalipun lelah berkejar ke sini sana
ini kamu yang matanya pantas mengesan kekurangan tapi sentiasa menegur dengan tawa
ini kamu yang menggenggam jemariku berpesan agar sabar di duga
ini kamu yang memelukku erat saat rindu beraja
ini kamu yang rajin memujuk maka ku tahu rajukku tak sia-sia
ini kamu yang membuatku risau tak lelap mata
ini kamu yang ku tunggu-tunggu setiap masa dan ketika
ini kamu yang dengan sepatah kata dapat mengundang bahagia
ini kamu yang buatkan setiap hariku penuh warna

ini kamu milikku yang aku agung-agungkan

ini kamu

yang

aku

cinta

iya, tolong percaya.....

Dear Mr. Repairman

Please come and fix my broken heart. It has been three days now. My eyes are also overflowed with tears and therefore in need of a major repair work. Please arrange back the shattered soul to where it belongs. Your skills is appreciated and will ensure my smile.

Yours sincerely,
Desperate Housewife

dia

dia tetap tidak mahu tahu
apa sebenarnya yang terbuku dalam kalbuku
dia enggan setuju
dengan apa saja usulku

mungkin dia sudah memiliki
maka dia tak runsing lagi
dia tahu aku takkan pergi
tidak mampu menghilangkan diri

dia lukakan aku setiap hari
jantungku berdegup hanya menunggu mati
jiwaku senyap sunyi
hatiku remuk dihenyak janji

bagaimana harus ku yakini lagi?

Monday, February 23, 2009

(ii)

aku enggan lari
tak mahu mengomel
tak ingin hingar
aku enggan terlentang
tak mahu panas
tak ingin ketawa
aku enggan tak dipeduli
tak mahu diterajang
tak ingin dipukul

aku mahu duduk, diam dan sepi
aku mahu berselimut, beku dan nangis tak henti
aku mahu ditenung, dibelai dan dicium sekali lagi

(i)

pagi dengan kamu adalah gembira bila bertentangan mata
pagi dengan kamu adalah teguran mesra dengan senyuman bermakna
tengahari dengan kamu adalah perkhabaran saja kerana tak berjumpa
tengahari dengan kamu adalah angan-angan mitos cinta
petang dengan kamu adalah cerita tentang masa
petang dengan kamu adalah senda mengatakan suka duka
malam dengan kamu adalah sentuhan hangat yang bahagia
malam dengan kamu adalah degupan hati yang sama

sehari dengan kamu adalah penyebab aku masih bernyawa

kalaupun

kalaupun jemari tak betah lagi menarik aku pergi
kerana tersekat terhalang dek rangkulan bertali
sayang,
temankan saja aku di sini
aku hanya perlukan senyum kamu setiap hari

Thursday, February 19, 2009

a collaboration

aku pernah di langit biru
aku juga telah sampai ke angkasa yang luas itu
akhirnya aku tahu aku tak mampu bertahan
aku jatuh dan jatuh dan jatuh
tidak di bulan lagi, jauh dari matahari
tidak juga merapuh di bumi
aku masih di awang-awangan
bertemankan awan dan burung2 berkicauan
mungkin kamu antara burung itu?
yang singgah sebentar di dahan rindu
bertanyakan khabar jiwaku
dan pergi lagi untuk membisu

by eein & me
susahla nk stop dari tulis kalo idea dah mencurah. haha.

Tuesday, February 17, 2009

PUISI BERSAMBUNG

Nonie wrote:
VERSION I

Relevankah dia...
Jadi sebahagian agenda mindaku
Jadi remote control emosiku
Jadi utara kompas hatiku
Jadi ilham mata penaku...

Wajie wrote:
VERSION II

relevan untuk dia jadi dahan tempat berpaut,
jadi muara tempat berlabuh,
jadi kunci pembuka bahagia yang bakal mendatang

Eein wrote:
VERSION III

Relevankah dia…
Jadi bulan yang dirindu
Jadi lagu nyanyian bibirku
Jadi angin penyejuk jiwaku
Jadi kanvas lukisan cintaku
Jadi api pembakar semangatku
Jadi perkara terakhir sebelum tidur malamku

Dianne added:
Dan... yang pertama buatku senyum saat bangkitku

Dianne wrote:
VERSION IV

Relevankah dia…
Jadi tajuk utama berita kasihku
Jadi watak karangan cintaku
Jadi tema mimpi indahku
Jadi pesona angan bahagiaku
Jadi putera kisah dongengku

Edited 18 Feb 09

Kak Azah wrote:
VERSION V

Relevankah dia...
Jadi suria yang menyinari alamku
Jadi bintang yang berkerdipan dalam hidupku
Jadi bayu yang membelai lembut tubuhku

Relevankah dia...
Jadi awan yang meneduhiku
Jadi sungai yang melenyapkan hausku
Jadi gunung yang gagah melindungiku

VERSION V point I

Relevankah dia...
Jadi doktor mengubati hatiku
Jadi arkitek mengarca jiwaku
Jadi jurutera membina kasihku
Jadi peguam membela cintaku

VERSION V point II

Relevankah dia...
Jadi nota bagi muzikku
Jadi irama untuk laguku
Jadi bait dalam syairku

Azlina Idris wrote:
VERSION VI

Relevankah dia jadi impianku walaupun die meniduri semua wanita yang bermain mata dengannya
Relevankah dia jadi cintaku walaupun die sebenarnya masih 'boy' dan belum lagi menjadi 'man'
Relevankah dia jadi duniaku walaupun die pijak-pijak dan campak-campak perasaanku
Relevankah dia jadi cahaya hidupku walaupun perkataan 'berterus terang' tidak wujud dalam kamus hidupnya
Relevankah dia aku agung-agungkan hanya untuk menepati harapan dan impian usia

Sue Abdullah wrote:
VERSION VII

Relevankah dia
Jadi penunggu setiaku
Jadi pencuri hatiku
Jadi penagih kasihku
Jadi penawar lukaku

Ili Liyana wrote:
VERSION VIII

Relevankah dia...
Jadi raja pujaan hatiku
Jadi kompas mengarah setiaku
Jadi baja memekar kesuma jiwaku
Jadi tunggak pemangkin semangatku

Rabiatul Asma wrote:
VERSION IX

Relevankah dia..

Jadi bayang disetiap langkahku
Jadi igau disegenap mimpi siang dan malamku
Jadi sendu yang menangisi sepi hatiku
Jadi kisah sedih yang entah bila kan terpadam

Hareez Hafni wrote:
VERSION X

Relevankah dia...
Jadi nafas dalam nyawaku
Jadi daya dalam gerakku
Jadi ilham dalam laguku
Jadi tangan cengkam hatiku

Relevankah dia...
Jadi mimpi dalam hidupku
Jadi maut dalam matiku

Edited 19 Feb 09

Eein wrote :
VERSION XI : ISLAMIC
Relevankah dia
jadi imam di setiap solatku

Dianne added :

jadi guru yang ku damba ilmu
jadi pembimbing saat ku perlu
jadi suara yang menjauhkan aku dari dosa
jadi kekuatan yang membawaku pahala

Eein wrote :
VERSION XII : SCIENTIFIC

Relevankah dia
jadi vaksin imunisasi deritaku
jadi vitamin penguat rohaniku
jadi darah mengalirkan oksigen cinta ditubuhku

Mazlinda Mahmood wrote :
VERSION XIII

Relevankah dia...
Jadi angan dalam khayalku
Jadi igau dalam mimpiku
Jadi noktah pada sepiku
Jadi penghujung penantianku..

Edited 20 Feb 2009
Muhammad Yusri Yahya wrote:
VERSION XIV

Relevankah dia…

menjadi isteriku yang susah senang bersama-sama...
menjadi ibu pada anak-anakku,
mengajar mereka menjadi insan yg mampu mengenal haq dan kebatilan,
menjadi pendokong ku ketika musibah dtg tanpa diundang...
mejadi pembakar semangatku tika jiwaku layu
memberiku nafas kehidupan
menunjuki ku ke arah jalan yg lurus
andai aku tersasar dari kemudi...


CREDIT :
Nur Izni Mohamad a.k.a Nonie is ZS Alumni 96, Maher Alumni 01, UIA Alumni 07 and currently working as Quantity Surveyor.

arang

arangkan hati aku
dari senyum kamu yang membahang
rantaikan ia dari berlarian
tiapkali kau mendepangkan dada
simpan ia dalam kaca
jadikan perhiasan utama
kerana sungguh aku tak mampu
berselindung dari mencinta

bosan ahhh tunggu boss duk meeting ni.. huhu~

Tuesday, February 10, 2009

cerita rindu

dingin air disentuh panas
kesat batu terasa licin
terjatuh mengaduh
tangan calar balar cuba bergayut pada dahan nipis yang hanya ranting
daun kering bertaburan saat langit menghambur hujan
dekat manapun takkan nampak
luka aku jauh di satu sudut di selekoh berliku di hujung waktu

ini percubaan kali keseribu untuk memujuk sunyi yang berdenting dalam hati
malang tak berjaya juga
tidur bangkitku masih teringatkan kamu dan kelopak rindu pun bergelimpangan
ini cinta terakhir yang ku pendam dari api jadi arang jadi debu
mungkin hapus bila matahari malap
lagipun bukankah kamu itu bulan aku yang setia
kamu di orbit tersendiri pada paksi yang berlegar putar sesekali cerah menyinar
tanda senyum
tanda sayang
aku yakin aku takkan lupa walaubagaimanapun cuba dikata nista

kalau diracik jiwa yang sudah lembik longlai apalagi yang tinggal?
kalau dipeluk erat mimpi bila sudah jaga apalagi yang ada?
kau boleh pukul hatiku hingga berdarah merah dan riuk patah
tapi setakat itu sajalah kerana cinta aku kebal berdinding janji setebal tembok besi
tak goyah, gusar mahupun risau

ada yang menyoal apa yang berlaku saat berhenti berharap
aku ketawa dan bertanya kembali pada dia adakah sekarang aku belum berhenti?
sesungguhnya aku sudah berhenti tetapi tak letih melukis angan
untuk tenangnya pada dasar aku sanggup menanam impian
suatu ketika bila segala berlumpur berpasir aku impikan dahan kukuh
iya, pada dasar yang dalam itulah

mega putih berarak longlai sewaktu pelangi petang datang menyisihkan warna
cantik…
seperti terus terusan senyum kamu mengindahkan lagi hari-hari aku
jangan tinggal aku seorangan ya?

Thursday, February 5, 2009

rasa aku

bila hati diletakkan di hadapan akal... semua pun jadi kacau bilau.
bila jiwa sengsara sendiri tanpa ada yang menyanyi... yang bingit pun jadi bisu.

tolong aku...
aku tak tahu apa yang aku mahu...
mungkin kalau diberi diletakkan ke tangan pun aku buat tak tahu...
sebab aku sangkakan itu aku tak perlu...

Tuesday, February 3, 2009

perang

periuk api merata-rata
hatiku berperang juga seperti mereka di sana
tak tahu memilih jalan yang mana
ke kiri ku hancur
ke kanan ku lebur
aku lontarkan mortar derita
aku panahkan api sengsara
jauh ke angkasa sana
hah! tapi yang kembali masih juga airmata
sekali kamu sakit berkali aku pedih
mungkin aku saja yang pantas bersedih?
latar langitku percikan luka
kamu suntikan gembira di bahu cinta
maka di dada gerhana saat berduka
sayang, aku ingin di sisi kamu saja

Thursday, January 22, 2009

morning

this is my morning sky
grey without light
like lonely winter night
cold as northpole ice
no blanket no warmth
i'm freezing without voice
like walking through mud
like hanging on one tiny rope
like watching an endless desert

this is my morning
without your smile

Friday, January 16, 2009

stay there

I'm not just a verse, I'm ballad poetry
Sing to me for I am your melody
I'm not just a chapter, I'm a handwritten tale
Read me your story for I am your vale
I’m not just a leaf, I’m a jungle
Weave my heart into yours for I am your angel
I’m not just droplets of water, I’m the tsunami
My love is sky high for you, hidden treasure for eternity

I’m listening to your heartbeat
I can feel your lips touching my hair
Just please.. stay there

Wednesday, January 14, 2009

selamat malam cinta

aku awan yang sentiasa mengumpul sakit di dada
bila cukup berat derita maka aku berhujan airmata
aku pasir di pesisiran pantai yang hiba
sebentar aku ke pulau sendirian
sebentar lagi aku kembali kerana kesepian
aku titian retak di sungai kerinduan
masih tak betah hancur biar dihenyak maha dugaan
aku batuan di tepi jalan
mengharap belas sekalipun aku sama dengan jutaan
aku lingkaran tumbuhan di hutan
berpaut kejap padamu kerana mahu bertahan
aku bukan satu episod, aku sebuah buku
aku bukan sebaris puisi, aku syair yang dilagu
aku udara yang menyelimuti kamu
agar bernafas tenang dalam dakapanku

selamat malam cintaku

Monday, January 5, 2009

hah!

kosong hati
berteman hujan yang laju mengetuk jendela
sejuk mengigit tubuh
kau sudah pergi bersama janji bertaburan bagai sampah
aku mahu kutip kembali
tapi tak mungkin
aku mungkin rapuh tapi tak akan sebodoh itu
mindaku berlegar dengan perkataan 'sudah!'
langit terang bersuluh tapi aku gelita
lalu gelap kelam aku sendiri
cuba merenung kerlipan bintang
yang aku nampak cuma malam
kau bunuh jiwa ini
yang retak kau hancurkan lagi
sungguh aku tak mengerti
dan tak percaya
terlalu baru kita bercerita cinta
terlalu mudah kau menafikan isinya
bijak sungguh kau mengatur kata
hingga aku terdiam tanpa bicara
kejam sungguh, pedih yang amat
tapi...
kau sangka aku siapa?
jangan terlalu banggakan diri, sayang
kau sebenarnya tiada apa untuk ku kenang
bukanpun hebat untuk ku tatang
maaf, hormatku padamu sudah hilang

for eein, my bestfriend who deserves WAY better. love you babe!

Saturday, January 3, 2009

berhenti

aku akan berhenti
di penghujung jalan ini
tapak kakiku tak mampu lagi
melangkah denganmu di sisi
aku harus berhenti
di persimpangan seterusnya ini
melepas tanganmu saat berlari
belajar menerima hakiki
kembara kita baru saja
sedang yang lain dah lama bermula
mungkin kita harus pulang
pertarungan ini kita takkan menang
maaf aku berdegil mengheret kau pergi
menongkah arus mengharap keajaiban terjadi
tiada keajaiban di sini
luka menanti sepanjang kembara pulang nanti
kita tak boleh berpatah pada jalan bahagia yang telah dilalui
persimpangan sana itu penuh onak dan duri
terima saja apa yang bakal terjadi

Thursday, January 1, 2009

tahun baru

di luar sana bising
gamat dan riuh
dapat aku lihat dari jendela peraduan
percikan bunga api berlatarkan malam
mereka mahu aku turut berlagu
dia ingin aku berhenti pilu
bukan mudah
memang payah
rintikkan airmata cinta di segenap penjuru
lukiskan garisan kasih di kanvas kamu
untuk aku, demi aku
jangan berdalih gagah andai kau penat
usah perasan kuat andai kau tenat
mengaku
kerana aku telah mengaku kepada dunia
aku cinta
tidak hairan aku pada suara-suara
yang menuding jari mengata aku gila
ini hatiku bukan suka-suka
tak perlu maaf
kerana bersendirian kau tak biasa
aku juga canggung kita tak bersama
tak patut menyesal
kerana kita pernah berkongsi duka
mencipta ceritera kenangan bahagia
nah! sambut jarum mimpi ini
semat ke dadamu yang berombak sepi
nanti kau rasa aku masih di sisi

di luar pasti gamat
di balik pintu masih riuh
tapi jangan gusar sayang
aku tenang saja
aku tahu kau ada