Thursday, January 22, 2009

morning

this is my morning sky
grey without light
like lonely winter night
cold as northpole ice
no blanket no warmth
i'm freezing without voice
like walking through mud
like hanging on one tiny rope
like watching an endless desert

this is my morning
without your smile

Friday, January 16, 2009

stay there

I'm not just a verse, I'm ballad poetry
Sing to me for I am your melody
I'm not just a chapter, I'm a handwritten tale
Read me your story for I am your vale
I’m not just a leaf, I’m a jungle
Weave my heart into yours for I am your angel
I’m not just droplets of water, I’m the tsunami
My love is sky high for you, hidden treasure for eternity

I’m listening to your heartbeat
I can feel your lips touching my hair
Just please.. stay there

Wednesday, January 14, 2009

selamat malam cinta

aku awan yang sentiasa mengumpul sakit di dada
bila cukup berat derita maka aku berhujan airmata
aku pasir di pesisiran pantai yang hiba
sebentar aku ke pulau sendirian
sebentar lagi aku kembali kerana kesepian
aku titian retak di sungai kerinduan
masih tak betah hancur biar dihenyak maha dugaan
aku batuan di tepi jalan
mengharap belas sekalipun aku sama dengan jutaan
aku lingkaran tumbuhan di hutan
berpaut kejap padamu kerana mahu bertahan
aku bukan satu episod, aku sebuah buku
aku bukan sebaris puisi, aku syair yang dilagu
aku udara yang menyelimuti kamu
agar bernafas tenang dalam dakapanku

selamat malam cintaku

Monday, January 5, 2009

hah!

kosong hati
berteman hujan yang laju mengetuk jendela
sejuk mengigit tubuh
kau sudah pergi bersama janji bertaburan bagai sampah
aku mahu kutip kembali
tapi tak mungkin
aku mungkin rapuh tapi tak akan sebodoh itu
mindaku berlegar dengan perkataan 'sudah!'
langit terang bersuluh tapi aku gelita
lalu gelap kelam aku sendiri
cuba merenung kerlipan bintang
yang aku nampak cuma malam
kau bunuh jiwa ini
yang retak kau hancurkan lagi
sungguh aku tak mengerti
dan tak percaya
terlalu baru kita bercerita cinta
terlalu mudah kau menafikan isinya
bijak sungguh kau mengatur kata
hingga aku terdiam tanpa bicara
kejam sungguh, pedih yang amat
tapi...
kau sangka aku siapa?
jangan terlalu banggakan diri, sayang
kau sebenarnya tiada apa untuk ku kenang
bukanpun hebat untuk ku tatang
maaf, hormatku padamu sudah hilang

for eein, my bestfriend who deserves WAY better. love you babe!

Saturday, January 3, 2009

berhenti

aku akan berhenti
di penghujung jalan ini
tapak kakiku tak mampu lagi
melangkah denganmu di sisi
aku harus berhenti
di persimpangan seterusnya ini
melepas tanganmu saat berlari
belajar menerima hakiki
kembara kita baru saja
sedang yang lain dah lama bermula
mungkin kita harus pulang
pertarungan ini kita takkan menang
maaf aku berdegil mengheret kau pergi
menongkah arus mengharap keajaiban terjadi
tiada keajaiban di sini
luka menanti sepanjang kembara pulang nanti
kita tak boleh berpatah pada jalan bahagia yang telah dilalui
persimpangan sana itu penuh onak dan duri
terima saja apa yang bakal terjadi

Thursday, January 1, 2009

tahun baru

di luar sana bising
gamat dan riuh
dapat aku lihat dari jendela peraduan
percikan bunga api berlatarkan malam
mereka mahu aku turut berlagu
dia ingin aku berhenti pilu
bukan mudah
memang payah
rintikkan airmata cinta di segenap penjuru
lukiskan garisan kasih di kanvas kamu
untuk aku, demi aku
jangan berdalih gagah andai kau penat
usah perasan kuat andai kau tenat
mengaku
kerana aku telah mengaku kepada dunia
aku cinta
tidak hairan aku pada suara-suara
yang menuding jari mengata aku gila
ini hatiku bukan suka-suka
tak perlu maaf
kerana bersendirian kau tak biasa
aku juga canggung kita tak bersama
tak patut menyesal
kerana kita pernah berkongsi duka
mencipta ceritera kenangan bahagia
nah! sambut jarum mimpi ini
semat ke dadamu yang berombak sepi
nanti kau rasa aku masih di sisi

di luar pasti gamat
di balik pintu masih riuh
tapi jangan gusar sayang
aku tenang saja
aku tahu kau ada