Wednesday, August 26, 2009

Itu Bulan Aku

Itu bulan aku
Meski kau kata kau punya
Kau simpan bacakan jampi serapah segala
Maaf, telah ku ambil dan sorokkan ia
Separuh di bawah meja makan
Suku di sebalik almari cawan
Suku lagi di antara baju-baju yang berselerakan

Itu bulan aku
Tujuh dulang kamu aku balas dengan sepuluh piring
Kecil
Tapi dia katakan cukup-cukup saja
Maka berseliratlah aku dengan bintang dan awan
Bersinar-sinar hati yang sedari semalam rawan

Itu bulan aku
Rebut dan kamu akan rebah
Capai dan kamu akan jatuh
Di hujung-hujung saja kamu dapat berpaut
Kejam, aku tahu
Tapi itu bulan aku

Wednesday, August 19, 2009

di balik awan gelap

Bulan
Kita hanya bersua bila matahari berpergian
Tidak apa kan?
Kamu masih janji untuk bersamaku selamanya kan?

Monday, August 17, 2009

Dilema

Aku tak perlu tahu
Dengan siapa kau bercanda malam itu
Biarpun panggilanku tak berjawab
Dan SMS hanya dibalas senyap

Kerana aku cinta
Panggilanmu ku sambut setiap masa
Tak pernah aku meninggi suara
Biar jiwaku sakit dihentam dusta

Aku tak payah meneka
Ke mana gerangan kau menghabiskan waktu
Sebetulnya aku tak mahu tahu
Informasi yang cuma akan melukakan aku

Kerana aku cinta
Aku biarkan dia berkongsi kamu
Mendapat perhatian dan kasih selalu
Sedang giliranku makin dicatu

Aku tak ingin dengar
Perbualan kalian buatku tegar
Tak perlu menyorok di balik pintu atau di celah-celah buku
Aku tahu dia mencari kemana kamu

Kerana aku cinta
Aku semakin lemah untuk bersuara
Rasa janggal, rendah diri pun iya juga
Bimbang kau tanyakan aku ini siapa
Sedang ku sedar aku yang kedua

Aku tak mahu peduli
Apa yang kau beli untuknya tadi
Mataku pejam saat kau hilang
Baikku diam dari meradang

Kerana aku cinta
Aku tak patut cemburu
Biar saja masa menentu
Apa kamu untuk dia atau aku

Friday, August 7, 2009

Bunyinya mudah, hakikatnya payah...

Bunyinya mudah
When someone says “Babe, let him go”
Hakikatnya payah
Bila hati berubah-ubah

Malam yang tenang jadi berserabut
Tidur yang panjang yang berkabut
Dan pagi pun kosong…
All because of you
Penat

Tiap-tiap hari janji pada diri sendiri
Dan pada bestfriend yang membebel tak henti
Okay, promise I won’t text him again
Dia memang menyakitkan hati
Dia jahat
Dia itu dan ini
Alah… Tak sempat tengahari…
Tangan gatal scroll nombornya lagi
Sekadar bertanya sudah makan kah si jantung hati?

He has new status on facebook!
Eh.
Dah la tu jadi stalker..
Nanti hati sendiri yang terluka
Bila new comments tertera
Dari si gadis berkebaya biru
Atau si manis berambut paras bahu
Atau si jelita bertudung yang nampak pemalu
Entah-entah bakal isterinya, manalah tahu?

Dia sakit.
“Oit, boss panggil kau!”
Dia sakit.
“Weh, kau siapkan paperwork ni sikit lagi..”
Dia sakit.
Meeting pukul 3”
Dia sakit. Dia sakit. Dia sakit.
Boss, kerja dan meeting pun melayang
Hanya wajah dia yang lesu terbayang
Marah macamanapun…
Sayang.

Dari pulang kerja asyik menunggu
Berharap agar dia tahu bahawa hati sangat rindu
Tak perlu tonton wayang
Tak perlu makanan mewah terhidang
Hanya dia yang mahu dipandang
Bahagia sebentar pun jadilah
Sakit berhari-hari pun tak apalah
Gila.
Membazir masa.
Tapi degil juga.
Apa yang dia dah buat sebenarnya?
Tak ada apa-apa.
Right.
Kau memang gila.

Hujung minggu tiba
Dia tiba-tiba mempelawa keluar bersama
Haih, jantung.. stay where you are
Don’t stop beating for I couldn’t breathe
Suka. Suka. Suka.
Tapi itulah…
Gembiranya sebentar cuma
Keesokan ditinggalkan lagi tanpa berita
Damn! Aku bodoh atau dia yang celaka? (whoo..!)

Kawan-kawan,
Jangan ringan mulut mengata orang
You won’t understand until you’ve experienced it
Bunyinya mudah
When someone says “let him go”
Hakikatnya payah
Bila tanpanya hidup jadi resah
Sungguh susah
Maka harus tabah?!

;-)