Wednesday, April 4, 2012

kosong

mahu ditanya sama bulan
bilanya dibawa pergi rasa semalam
tak teringatkah pada kenangan
gusarkah tidak berulang satu senyuman

bisa aku laung
dalam perit aku kosong
memandang rasa tak keruan
kerana hilang satu kebiasaan

logik akalnya tak mungkin
tapi tak mampu dipersoalkan
mahu berseloroh terasa asing
mahu bercerita terasa kejauhan

terima kasih Tuhan
doa aku Kau perkenankan