Thursday, December 31, 2009

Engkau Harus Tahu

Lagu : Ahmad Helmi
Lirik : Dianne Dayanna :)

Di kaki langit aku sembunyi
Dari bintang aku mengejar
Mencari damai hati
Merawat luka jiwa yang pijar

Engkau pasti tahu
Apa maksud aku
Masih tunggu kamu
Di kaki langit

Di sisi awan aku berselimut
Bersama malam buat ku rindu
Badai memaksa aku berpaut
Jalan gelap di depan, kabur kabut kelabu

Engkau pasti tahu
Apa maksud aku
Masih tunggu kamu
Di kaki langit
Engkau harus jujur
Terus terang denganku
Apa layak aku
Ada di sampingmu

Listen HERE

Thursday, December 24, 2009

tolong

Tolong berhenti bercakap
Saya tak mahu dengar
Tolong jangan bercerita
Saya tak mahu tahu
Saya ingin hujan
Bisingkan telinga ini
Supaya saya tak rindu
Kata-kata terakhir yang menyentuh hati

Tuesday, December 15, 2009

semalam saya mimpi

Semalam saya mimpi kita berlari
Berpegangan tangan ketawa riang
Awak senyum seceria mentari
Kalau begini, biar selamanya siang

Semalam saya mimpi awak nyanyikan lagu
Sambil merenung ke tasik biru
Awak katakan cinta kita takkan berlalu
Sekukuh tembok berbatu

Hari ini saya bangun pujuk diri
Menangis bagaimanapun awak tetap pergi
Lagu indah saya simpan di sudut hati
Dan… saya tetap senyum bahagia
Saya tahu awak pasti ada
Malam nanti kan saya boleh mimpi yang sama?

in response to Eein's poem :

Semalam saya mimpi kita pegang tangan
Jalan-jalan tepi kolam
Awak senyum seindah bintang
Kalau begini, biar selamanya malam

Semalam saya mimpi awak bacakan buku
Sambil baring atas padang
Awak cerita sepertinya berlagu
Hati runsing bertukar tenang

Hari ini saya bangun pujuk hati
Awak lepas tangan saya lalu pergi
Buku saya simpan dalam almari
Dan... air mata basah di pipi
Saya tahu awak tak mungkin kembali
Kerana semalam hanyalah mimpi

Esok

Saya tak boleh tidur
Ada radio dalam kepala
Jerit-jeritkan nama awak setiap masa
DJ-DJ ni memang sengaja
Buatkan saya sakit jiwa

Saya asyik berhujan
Dalam mata sudah banjir menderu lajunya
Sampai merah dan bengkak segala
Tisu berselerak di sini sana
Buatkan saya sakit di dada

Saya kerap bermimpi
Berulangkali sampai ke pagi
Nampak awak terus berlari
Ke hujung dunia dan hilang tak kembali
Buatkan saya sakit hati

Sudahlah
Esok saya harus lelap
Mata ini harus kering
Tidur saya harus tenang

Esok...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, December 11, 2009

ketuk ketuk

Ketuk pintu hati
Seperti ada bunyi
Seperti ada seseorang bernyanyi
Seperti ada rentak berseni
Seperti galak berjanji-janji

Jauhlah
Jangan ketuk lagi

Eein wrote:
Ketuk pintu hati
Tiada suara berbisik kata sakti
Tiada wajah muncul menghias mimpi
Tiada senyum seindah pelangi
Tiada degup jantung menari

Tunggulah
Nanti ketuk lagi

Dianne wrote:
Ketuk pintu hati
Seperti ada bunyi
Seperti ada seseorang bernyanyi
Seperti ada rentak berseni
Seperti galak berjanji-janji

Jauhlah
Jangan ketuk lagi

Izni wrote:
Ketuk pintu hati
Jangan terlalu berhati hati
Jangan biar langkah mati
Jangan simpan dalam hati
Jangan abai rasa hati

Luahlah
Cuba ketuk lagi

Ketuk pintu hati
Mana pergi sinar tadi
Mana hilang hasil digali
Mana benar sebentar disini
Mana paksi perlu abadi

Hilanglah
Harus ketuk lagi

Ketuk pintu hati
Biar ia jadi misteri
Biar puas mereka zalimi
Biar nanti nadi berhenti
Biar kebenaran milik hakiki

Usailah
Usah ketuk lagi

Lewat

Dia pasang lampu kelip-kelip
Di tengah pekat malam
Moga nampak wajah si gadis
Moga cerah harapan memandang si manis

Dia maju lima langkah ke depan
Terjenguk-jenguk di perkarangan
Kereta Kelisa di buka tutup pintu
Konon mencari ke mana sepatu

Dia berjalan ke tepi rumah
Mengutip dua tiga helai daun sebagai sampah
Keringat di dahi mula tumpah
Dia terduduk resah gelisah

Dia tidak tahu
Gadis sedang memandang sayu di sebalik pintu
Cintanya akan pergi malam itu
Kerana dia terlewat
Lambat sungguh meluahkan apa di kalbu
Dan esok gadis akan bergelar isteri baru

bumi, batu batan, awan dan pinang

saya mahu bawak awak pergi bulan
tengok bumi dan laut di celah2 awan
kutip batu batan buat kenangan
hanya berdua tak ada yang campurtangan

kita belah dua pinang jadi tak sepadan
jalan sama-sama, senyum terus dalam angan

written in response to Emi's kucing, pungguk, pisang, dan buah pinang :

Saya mahu bawak awak jalan-jalan
cari kucing yang bertanduk dua
cari pungguk yang dah tak rindukan bulan
makan pisang yang berbuah kali kedua

kita belah dua pinang jadi tak sepadan
jalan sama-sama tambah satu lagi kenalan?

Wednesday, December 9, 2009

Yang Aku Tahu



Aku mahu hilang bersama konsentrasi yg hilang.
Mahu pergi dari kecamuk akal.
Mahu tenggelam memandang langit.
Mahu lari di sisi permata, biar terpijak segala kaca.
Mahu diam terpencil berdua.
Dan berairmata semahu-mahunya.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.