aku mahu ulang semalam
bila tangan masih berpegangan
memandang awan dalam diam
sunyi pun rasa girang
aku mahu ulang kelmarin
bila hati bersatu dan seiring
tawa berselang dengan cerita
tentang masa depan kita
kerana hari ini kau pergi
esok akan hilang seri
aku doakan kamu setiap pagi
dan sayang,
tolong muncul dalam mimpi malam ini