Wednesday, April 4, 2012

kosong

mahu ditanya sama bulan
bilanya dibawa pergi rasa semalam
tak teringatkah pada kenangan
gusarkah tidak berulang satu senyuman

bisa aku laung
dalam perit aku kosong
memandang rasa tak keruan
kerana hilang satu kebiasaan

logik akalnya tak mungkin
tapi tak mampu dipersoalkan
mahu berseloroh terasa asing
mahu bercerita terasa kejauhan

terima kasih Tuhan
doa aku Kau perkenankan

Monday, February 7, 2011

i do

The little clock on my bedside
The imperfect door you made right
The book you left on the table
Your perfume that made my heart swirl
The ice cream you ate halfway
The card you bought last May
The big mug for your tea
Sitting under the flat screen TV

They all screamed “I miss you”
Like I do

Thursday, December 23, 2010

ulang

aku mahu ulang semalam
bila tangan masih berpegangan
memandang awan dalam diam
sunyi pun rasa girang

aku mahu ulang kelmarin
bila hati bersatu dan seiring
tawa berselang dengan cerita
tentang masa depan kita

kerana hari ini kau pergi
esok akan hilang seri
aku doakan kamu setiap pagi
dan sayang,
tolong muncul dalam mimpi malam ini

Friday, November 26, 2010

mari berpantun

wrote this with eein a month back. with one comment from nonie. hehe.

Background music:
ek ah! ek ah!
cak pong! cak pong!

Dianne wrote:
sedap sungguh si buah berangan
masak sebiji di atas peti
segunung harapan dibuang jangan
cinta di hati ku bawa mati

Eein wrote:
sedap sungguh si buah berangan
masak sebiji di atas peti
demi cinta padamu sayang
lautan api sanggup ku renangi

Dianne wrote:
sedap sungguh si buah berangan
masak sebiji di atas peti
biarpun kau hilang hingga sebulan
aku di sini tetap menanti

Eein wrote:
sedap sungguh si buah berangan
masak sebiji di atas peti
sayangku padamu tak kenal sempadan
walau jauh kau tetap di hati

Dianne wrote:
sedap sungguh si buah berangan
masak sebiji di atas peti
kisah kita ku jadikan kenangan
peneman tidur penghias mimpi

Eein wrote:
sedap sungguh si buah berangan
masak sebiji di atas peti
kuimpi kita berdua di bintang
memadu kasih di langit misteri

Eein wrote:
sedap sungguh si buah berangan
masak sebiji di atas peti
rindunya daku padamu tuan
mungkinkah akan bersua lagi?

Noni wrote:
sedap sungguh si buah berangan
masak sebiji di atas peti
sudahlah sudah jangan berangan
aturlah langkah usah menanti

Eein wrote:
sedap sungguh si buah berangan
masak sebiji di atas peti
jikalau hati sudah berkenan
manalah mungkin melangkah pergi

Wednesday, November 10, 2010

kalau kau hilang

raung di celah batu
tiada sembunyi tiada berusik
tapi sepi
hati ini aku ronyok
jadi pecah berderai
berkaca-kaca di tepi pantai
kutip kembali dan tanam sedalam-dalam
tangis hingga kusam
marah kerana bodoh terlalu percaya
bosan kerana sendiri terlalu sakit rasanya
ketawa itu tak ada
mungkin senyum tapi seadanya
sayu memandang langit
dada jadi perit
aku mungkin melayang ke langit


semua aku
kalau kau hilang

Wednesday, November 3, 2010

khabar dari arjuna

berminggu ku nantikan
jiwaku berantakan
malam berganti siang
sakitnya rindu bukan kepalang
bulan berganti mentari
panas benar bahang dihati

sayang, tak mahukah kamu kembali?
tak bosankah kamu bekerja saban hari?
.
.
.
fine, i know it's your responsibility
but what about me?

hari ini
aku terima berpucuk surat
ku buka semua dengan fikiran yang berat
di sebalik bil-bil yang harus dibayar
ada sekeping sampul yang besar
di dalamnya ada satu kertas bersegi
katanya:
"cinta, aku pulang esok pagi"

:)
ah! kamu memang pandai mengambil hati

Thursday, April 1, 2010

Not

You’re not a poster on my wall, just a picture in my mind
You’re not a work of art, just a shade who has ways to break my heart
You’re not my perfect movie, just a series of memory
You’re not my beautiful vision, just my hopeful illusion
You’re not the prince in my castle, just the ghost I had to battle
You’re not the best man for me, just the one I missed terribly
You’re not mine, just not.

In response to Annie's :

You’re not the breath I breathe, just the sweet scent that I enjoy.
You’re not the sights I see, just the most beautiful of them.
You’re not the water I drink, just the flavor that makes it taste sogood.
You’re not the ground I walk on, just the partner I sometimes lean on.
You’re not the blood in my veins, just what makes it burn so sweetly.
You’re not my life, just the one I want to spend it with.
You’re not my world, just the best thing in it.

And Eein's :

You’re not the star I gaze at night, just the brightest light I see in the sky.
You’re not the air I breathe, just the cold breeze I wish for on the hot sunny day.
You’re not the rainbow after the rain, just the colours I painted my heart with.
You’re not the cloud I walk under, just a shade to shelter me from the scorching sun.
You’re not the mirror I always look at, just the unending reflected image in my mind.
You’re not my fairy tale, just the beautiful stories I wrote every time we met.
You’re not the cherry on the cake, just the warm chocolate coating cookie during the tea break.
You’re not my angel, just someone with a smile that makes my heart skips a beat.
You’re not the melody I always hum, just the sweetest nightingale before I go to sleep .
You’re not mine but just something I could not let go of... not even now, not even forever.

Wednesday, March 31, 2010

surat (ii)

jika mahu berenggang
jika mahu berpisah
jika mahu aku berhenti mengenang
jika mahu hatiku patah
jika mahu cukup sayang
jika mahu aku resah

suarakan
aku dengar

Monday, February 22, 2010

surat

bulan, perlukah aku bercanda
dengan hanya anganan saja?
diherdik awan aku sudah biasa
sudah puas ditanya kenapa
masih menunggu kamu jatuh ke riba

Eein replied:

bintang, mengapa kembali bercahaya?
di kaki langit kau pernah buatku berairmata
kini kilauanmu masih mempersona
namun tak mampu menghapus gelita

Thursday, February 18, 2010

dia

bingit dalam hati tapi malam sudah sunyi
sakit dalam diri tapi bibir bernyanyi
untuk siapa dia bohongkan?
semua sisi tak terungkapkan

kaca pecah berderai
darah berselerak atas lantai
lucu
yang di rasa cuma tamparan berkali-kali

kerana semalam
pukul 10 pagi
dia masih tak bernyawa
di atas katil memandang langit di celah tingkap
hilang akal sampai petang
tak ada jiwa untuk pulang

dia rindu kekasih
cuma rindu