picisan hati berselerakan
carik lagi
carik
carik
jadi apa? hancur.
debu pun tak sehalus itu
hingga tak terasa lagi
sampai tak peduli lagi
mahu apa sayang?
gurau. senda. tawa.
ku beri segala
cukupkah? tidak juga
ku jeritkan nama dia
tak ada yang dengar
kau pandang apa sayang?
pandang dekat
dekat
dekat
tak ada apa? iya.
pasti kerana dia bukan aku
dia beri apa yang aku tak mampu
hatimu sudah sekeras batu
diamlah!!
tak usah membuka buku baru
biarkan memori di situ
lalang dan rumput yang hijau
bunga yang kembang mewangi
tak payah kau siram lagi
*dedicated to ppl with a piece of broken heart.
No comments:
Post a Comment