jangan memendam pada jerih perihnya aku
punya bahagia sekelumit yang diambil sekali aku kerdipkan mata
ketahuilah awanan yang gelap sedari pagi menjengah rasa
lewat petang masih merungkai sebak di dada
bersoraklah sekalian maya pada aku kerana masih bernyawa
ditumbuk digoncang dipukul bertalu masih ketawa
tiada yang tahu setiap kali subuh menjelma
ku bangun meratap meraung, sayu dan hiba
aku mahu tutupkan mata
belayar ke pulau di tengah dunia tanpa ada siapa-siapa
jangan memendam pada kusut masainya jiwaku
bertatih dan rebah, berulang kali mencuba masih lemah
genangan airmata ku tahan kerana penat
penat.. penat yang teramat
di hadapanku layar putih menarikan kisah kita
bagaimana tingkahku mendabik dada
pada mereka aku khabarkan berulangkali yang kau cinta
sekarang aku lontarkan nista pada diri sendiri
melemparkan saputangan lencun pada layar yang masih menari-nari
jangan memendam
kerana kau tidak tahu
dan aku
juga
begitu
No comments:
Post a Comment