Kerana cinta yang melangit
Aku tagih kesah tika rindu
Aku rintih tangis saat perlu
Maya bergema dengan nama kamu
Segenap semesta tersenyum malu
Aku rasa getaran itu
Berdesir ombak mengalunkan syair merdu
Dalam lena dan jaga aku berlarian ke arah kamu
Tapi aku lupa
Aku tak perlu bersungguh mencari cintamu
Kerana Dia ada bersamaku tiap waktu
Jika kamu takdir untukku
Aku juga untukmu
Tanpa ragu
No comments:
Post a Comment