Tuesday, November 25, 2008

Kehadapan Bintang Jatuh

kehadapan bintang jatuh...

kau udara yang menyelimuti hari
kau permandangan indah setiap pagi
kau sentuhan mendamaikan hati
kau senyuman segar menyeri

bisikkan kata itu sekali lagi
ulang biar aku dengar dan menyanyi
jiwa berat ini jangan kau kunci
biar aku dengar dan dengar
sayang izinkan aku terus dengar
aku...
rindu

bintang jatuh..
ingat hari itu?
kita permainkan waktu
masa depan itu cuma anganan aku dan kamu
kita hidup untuk hari ini
kita janji menerima hakiki
kita janji
tapi aku tahu hari ini
janji ini telah dimungkiri
kerana kita lupa
Dia telah rancangkan segala

iya aku cuai
sedaya upaya mengelak
cemas aku memesong arah
tapi akhirnya yang ku peluk rapat
jatuh berkecai
berderai
relai

aku bersalah kerana pantas membilang hari
sedang aku tak tahu apa yang menanti
dan kini sunyi meratah kosongnya dunia
gelap suram segala-gala

hey bintang jatuh..
kau masih akan menghiasi malamku bukan?
sinarmu masih sama
lokasimu tetap serupa
aku akan tunggu
dan senyum pada cahaya itu
luka ini akan sembuh suatu detik waktu

hari ini
kau bukan milikku lagi
sayang
izinkan aku pergi..

Written for HARI BINTANG JATUH

2 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum. tak dapat jumpa awak d bintg jatuh

Anonymous said...

sure! thanx kakak! =D