Wednesday, January 14, 2009

selamat malam cinta

aku awan yang sentiasa mengumpul sakit di dada
bila cukup berat derita maka aku berhujan airmata
aku pasir di pesisiran pantai yang hiba
sebentar aku ke pulau sendirian
sebentar lagi aku kembali kerana kesepian
aku titian retak di sungai kerinduan
masih tak betah hancur biar dihenyak maha dugaan
aku batuan di tepi jalan
mengharap belas sekalipun aku sama dengan jutaan
aku lingkaran tumbuhan di hutan
berpaut kejap padamu kerana mahu bertahan
aku bukan satu episod, aku sebuah buku
aku bukan sebaris puisi, aku syair yang dilagu
aku udara yang menyelimuti kamu
agar bernafas tenang dalam dakapanku

selamat malam cintaku

5 comments:

Anonymous said...

rindu boleh membunuh...

hahahahahah

Feng said...

uhm.


tibatiba aku rasa seorang seolah dia tidak pernah ada.

sesuatu yang aku rasa disimpan sendiri.

pelik.
kenapa tidak mampu berkongsi.


atau aku sememangnya sentiasa sendiri?

bulan. said...

ini bercerita.
sy suka.

her royal highness said...

nanie. betul ke boleh? agaknya kalau dah rindu sgt.. sakit dada.. pastu takleh nafas.. pastu terbunuh tak? hee hee.

lynn. selalunya hanya kita yang rasa bersendiri.. dia tak kemana. ada saja.

bulan. cerita ini satu peringatan buat sy. :)

Ad Lee said...

ungkapan ini sungguh mengasyikkan:

aku bukan satu episod, aku sebuah buku
aku bukan sebaris puisi, aku syair yang dilagu

membuat diri berfikir:

kehadirankn ini bukan saja saja
tapi diutuskan buatmu penuh bermakna