di luar sana bising
gamat dan riuh
dapat aku lihat dari jendela peraduan
percikan bunga api berlatarkan malam
mereka mahu aku turut berlagu
dia ingin aku berhenti pilu
bukan mudah
memang payah
rintikkan airmata cinta di segenap penjuru
lukiskan garisan kasih di kanvas kamu
untuk aku, demi aku
jangan berdalih gagah andai kau penat
usah perasan kuat andai kau tenat
mengaku
kerana aku telah mengaku kepada dunia
aku cinta
tidak hairan aku pada suara-suara
yang menuding jari mengata aku gila
ini hatiku bukan suka-suka
tak perlu maaf
kerana bersendirian kau tak biasa
aku juga canggung kita tak bersama
tak patut menyesal
kerana kita pernah berkongsi duka
mencipta ceritera kenangan bahagia
nah! sambut jarum mimpi ini
semat ke dadamu yang berombak sepi
nanti kau rasa aku masih di sisi
di luar pasti gamat
di balik pintu masih riuh
tapi jangan gusar sayang
aku tenang saja
aku tahu kau ada
2 comments:
wow!!!saya ske!!!
canne dpt idea2 best canni??
pengalaman hari2?? :D~~
hee~ time kasih..
a'a betul tu, pengalaman hari2.. :))
Post a Comment