dingin air disentuh panas
kesat batu terasa licin
terjatuh mengaduh
tangan calar balar cuba bergayut pada dahan nipis yang hanya ranting
daun kering bertaburan saat langit menghambur hujan
dekat manapun takkan nampak
luka aku jauh di satu sudut di selekoh berliku di hujung waktu
ini percubaan kali keseribu untuk memujuk sunyi yang berdenting dalam hati
malang tak berjaya juga
tidur bangkitku masih teringatkan kamu dan kelopak rindu pun bergelimpangan
ini cinta terakhir yang ku pendam dari api jadi arang jadi debu
mungkin hapus bila matahari malap
lagipun bukankah kamu itu bulan aku yang setia
kamu di orbit tersendiri pada paksi yang berlegar putar sesekali cerah menyinar
tanda senyum
tanda sayang
aku yakin aku takkan lupa walaubagaimanapun cuba dikata nista
kalau diracik jiwa yang sudah lembik longlai apalagi yang tinggal?
kalau dipeluk erat mimpi bila sudah jaga apalagi yang ada?
kau boleh pukul hatiku hingga berdarah merah dan riuk patah
tapi setakat itu sajalah kerana cinta aku kebal berdinding janji setebal tembok besi
tak goyah, gusar mahupun risau
ada yang menyoal apa yang berlaku saat berhenti berharap
aku ketawa dan bertanya kembali pada dia adakah sekarang aku belum berhenti?
sesungguhnya aku sudah berhenti tetapi tak letih melukis angan
untuk tenangnya pada dasar aku sanggup menanam impian
suatu ketika bila segala berlumpur berpasir aku impikan dahan kukuh
iya, pada dasar yang dalam itulah
mega putih berarak longlai sewaktu pelangi petang datang menyisihkan warna
cantik…
seperti terus terusan senyum kamu mengindahkan lagi hari-hari aku
jangan tinggal aku seorangan ya?
2 comments:
kenapa saya rasa sangat sedih....
kamu, kuat.
uhm.
kalau nak cakap "it's complicated" bunyinya cliche.. :) tp itulah.. memang jiwa ini complicated.
tak kuat lynn.
tapi kerana itu benda yg kecil2 pun boleh mendatangkan senyum.
Post a Comment