Tuesday, March 10, 2009

Ke sini Kamu

Ke sini kamu..
cerahkan maya ini dengan lagu cinta untukku
jadi tabir pada layar yang menarikan kisah palsu
angan tak henti berderu di minda
berdesir di telinga
dan api kasih makin lama makin menyala

Ke sini kamu...
benteng di pantai hati makin terhakis
ku paksa pelangi berwarna tapi enggan terlukis
sayang, aku tak mahu kamu diam
atau bermuka muram
biar sering aku menangis kerana sungguh aku tak faham

Sayang...
peluk aku seperti selalu
hanya kamu yang ku perlu


This is written in response to Eein's poetry as posted below :

Datang padaku...
ceritakan aku kisah hidupmu
bicara denganku perihal angan dan citamu
khabarkan aku tentang harimu
kagumkan aku dengan karyamu

Datang dekatku...
bisikkan aku ayat indahmu
alunkan aku lagu rindumu
dengarkan aku rentak jiwamu
pesonakan aku dengan senyummu

Buat kamu yang sering hadir bagai mimpi
hilang lenyap kala kubuka mata ini
datang ke mari, temani aku di sisi
jangan pergi... tinggalkan aku sendiri.