Sunday, April 26, 2009
taken on my way to KL from Johor
Suria berdikit menyentuh sukma
Saat bulan masih memelita
Tak menunggu waktu
Angka beralih laju
Berdolak
Berdalih
Berdegil
Mahu juga suria mengambil alih jiwa ini
Ke tepi bulan! Ini penghujung
Dalam diam sakit menanggung
Tapi tak mampu berselindung
Mega berpihak pada suria walau berarak mendung
Fajar makin menyinsing
Hati makin kering
Bintang berlarian ke semua arah
Bimbangkan bulan yg makin parah
Apa malap sinarmu bulan
Saat hatiku dilitupi awan?
Jangan
Kerana malam nanti kita kan bertemu
Walau tak lama tapi cukup utk mengulit rindu
-dianne@inlaws 1038hrs
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Thursday, April 23, 2009
Laut oh Laut
Dianne :
Laut oh laut…
bulan depan kita kan bertemu
memandang matahari di pertama waktu
pedih di mata tapi hati bersatu
merenung bulan di terakhir kali
tak mahu aku meninggalkan memori
Eein :
Laut oh laut…
sungguh tak sabar untuk bertemu
melihat camar terbang hinggap di batu
bagai memandang engkau dan aku
mencipta memori indah walau sesaat waktu
Laut oh laut…
bulan depan kita kan bertemu
memandang matahari di pertama waktu
pedih di mata tapi hati bersatu
merenung bulan di terakhir kali
tak mahu aku meninggalkan memori
Eein :
Laut oh laut…
sungguh tak sabar untuk bertemu
melihat camar terbang hinggap di batu
bagai memandang engkau dan aku
mencipta memori indah walau sesaat waktu
Laut
Eein wrote :
Di laut itu kulihat kamu
Yang misteri lagi biru
Inginku selam laut itu
Biar pasti kau juga rindu
Di laut itu kujumpa dirimu
Kadang berombak kadang tenang berlagu
Sering aku dikeliru tingkahmu
Namun ingin jua dekat padamu.
Dianne wrote :
Di laut itu kutemui kamu
Jernih senyum tak dimakan waktu
Nampak dekat boleh dicapai
Bila ku capai tangan tak sampai
Di laut itu kupandang kamu
Terapungan menanti jiwa bersatu
Moga tertulis kamu untukku
Jangan berlalu sayang, kekal di situ
Di laut itu kulihat kamu
Yang misteri lagi biru
Inginku selam laut itu
Biar pasti kau juga rindu
Di laut itu kujumpa dirimu
Kadang berombak kadang tenang berlagu
Sering aku dikeliru tingkahmu
Namun ingin jua dekat padamu.
Dianne wrote :
Di laut itu kutemui kamu
Jernih senyum tak dimakan waktu
Nampak dekat boleh dicapai
Bila ku capai tangan tak sampai
Di laut itu kupandang kamu
Terapungan menanti jiwa bersatu
Moga tertulis kamu untukku
Jangan berlalu sayang, kekal di situ
Tuesday, April 21, 2009
tunggu
Thursday, April 16, 2009
Pelik Itu Kita - Collaboration Mood (ii)
jangan kata aku pelik
kerana aku cinta
usah kata aku pelik
kerana kau pun sama
kita yang pelik
membaja rasa pada yang tak pasti
kami yang pelik
mengusul jiwa pada yang menyakitkan hati
kita suka perkara pelik
gemar mencuba kononnya unik
suka juga orang yang pelik
bijak merantai hati yang penuh listrik
kita sering berangan yang pelik
mengharap ribut kala hujan rintik
mengharap panas saat angin menghembus
mengharap terang bila berkabus
aku dan kamu serupa
luahan berbeza namun peliknya sama
- written and revised by Eein, Nonie and Dianne
kerana aku cinta
usah kata aku pelik
kerana kau pun sama
kita yang pelik
membaja rasa pada yang tak pasti
kami yang pelik
mengusul jiwa pada yang menyakitkan hati
kita suka perkara pelik
gemar mencuba kononnya unik
suka juga orang yang pelik
bijak merantai hati yang penuh listrik
kita sering berangan yang pelik
mengharap ribut kala hujan rintik
mengharap panas saat angin menghembus
mengharap terang bila berkabus
aku dan kamu serupa
luahan berbeza namun peliknya sama
- written and revised by Eein, Nonie and Dianne
Wednesday, April 15, 2009
collaboration mood (i)
eein wrote:
aku masih di langit itu
mengharap tatapan hangat matamu
setia menunggu ceritamu
masih menanti khabar darimu
aku masih di langit itu
menyapa angin yang berlalu
bertanya adakah mungkin terlihat dirimu
singgah di awan tanpa jemu
ingin tahu kamukah itu tempatku
dianne wrote:
aku masih di langit itu
memandang jauh mengharap teduh
kadang di awangan kadang tetap berpijak
sekali senyum hatiku runtuh
sekali hilang jiwaku retak
nonie wrote:
aku masih di langit itu
dilitupi awan tanpa kamu sedari
dipanah petir terluka hati
dibakar mentari rentung jiwaku
dihujani beban ingatan untukmu
aku masih di langit itu
mengharap tatapan hangat matamu
setia menunggu ceritamu
masih menanti khabar darimu
aku masih di langit itu
menyapa angin yang berlalu
bertanya adakah mungkin terlihat dirimu
singgah di awan tanpa jemu
ingin tahu kamukah itu tempatku
dianne wrote:
aku masih di langit itu
memandang jauh mengharap teduh
kadang di awangan kadang tetap berpijak
sekali senyum hatiku runtuh
sekali hilang jiwaku retak
nonie wrote:
aku masih di langit itu
dilitupi awan tanpa kamu sedari
dipanah petir terluka hati
dibakar mentari rentung jiwaku
dihujani beban ingatan untukmu
Friday, April 10, 2009
sedang aku berdiri
meragu pada cerah
rintik terasa akan tiba
merisik pada sutera
mahukah berteman di peraduan beta?
pipih tapi tetap kuat untuk membawa berita
senyum itu jadi makanan pada nyawa
walau ada ketika aku hanya di suap curiga
dengan siapa kau bercanda?
rintik terasa akan tiba
merisik pada sutera
mahukah berteman di peraduan beta?
pipih tapi tetap kuat untuk membawa berita
senyum itu jadi makanan pada nyawa
walau ada ketika aku hanya di suap curiga
dengan siapa kau bercanda?
Subscribe to:
Posts (Atom)