jangan kata aku pelik
kerana aku cinta
usah kata aku pelik
kerana kau pun sama
kita yang pelik
membaja rasa pada yang tak pasti
kami yang pelik
mengusul jiwa pada yang menyakitkan hati
kita suka perkara pelik
gemar mencuba kononnya unik
suka juga orang yang pelik
bijak merantai hati yang penuh listrik
kita sering berangan yang pelik
mengharap ribut kala hujan rintik
mengharap panas saat angin menghembus
mengharap terang bila berkabus
aku dan kamu serupa
luahan berbeza namun peliknya sama
- written and revised by Eein, Nonie and Dianne
No comments:
Post a Comment