Tuesday, July 14, 2009

Diamlah Rasa

Baca seperti sedang membaca buku cerita untuk adik2 kamu pls..

Semalam kita berjumpa
Dari jauh kamu senyum menggoda
Jantungku berhenti berdegup rasanya
Kamu renung tepat ke mata
Dan lembut berbicara
Seolah dalam dunia ini hanya ada kita
I was thinking eh, betulke kita tak ada apa-apa?

Haih..
Diamlah rasa

Semalam kita berjumpa
Kamu buat macam biasa
Bergurau, bersenda, bercerita
Seolah rindu kerana lama tak bersua
Terasa muka bercahaya-cahaya
Senyum panjang berjela
I was thinking, so this how it feels to be "bahagia"?

Haih..
Diamlah rasa

Semalam kita berjumpa
Aku dipanggil sayang dan dimanja-manja
Tanpa ku sedar dua hati bertaut mesra
This is it! Ingin ku beri seluruh jiwa
Ingin ku laungkan pada dunia dia aku yang punya
Mahu ku kisahkan setiap kata rindu darinya
I was thinking, ok aku janji akan setia

Haih...
Diamlah rasa

Semalam kita berjumpa
Menonton wayang dan makan2 bersama
Kamu gembira seperti selalunya
Tapi kenapa tangan tak berhenti sms saja?
Hm. Siapa gerangan di sebelah sana?
Mulut berat bertanya
Tapi fikiran mula mereka cerita
I was thinking, so aku ni siapa untuknya?

Haih...
Diamlah rasa

Hari ini tiada khabar darinya
Sepatah sms pun tak ada
Apatah lagi panggilan membawa berita
Macam tulah hari2 seterusnya
Kecewa.
Ke mana gerangan dia yang ku puja?

Haih..
Diamlah rasa

Lewat petang tangan ringan to check out his facebook
Bukan apa, just to have a look
Berat jiwa melihat status baru
Rasa diri dihempap batu
Ada gadis meninggalkan komen
"Sayang, see you tonite hope it's not gonna rain"
I was thinking, oh ini rasanya ditinggalkan tanpa kata
Ini rasanya dipermainkan mulut manis jejaka
Ini rasanya
Ini rasanya

Haih..
Diamlah rasa
Tolonglah pergi, cinta
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: