Monday, August 17, 2009

Dilema

Aku tak perlu tahu
Dengan siapa kau bercanda malam itu
Biarpun panggilanku tak berjawab
Dan SMS hanya dibalas senyap

Kerana aku cinta
Panggilanmu ku sambut setiap masa
Tak pernah aku meninggi suara
Biar jiwaku sakit dihentam dusta

Aku tak payah meneka
Ke mana gerangan kau menghabiskan waktu
Sebetulnya aku tak mahu tahu
Informasi yang cuma akan melukakan aku

Kerana aku cinta
Aku biarkan dia berkongsi kamu
Mendapat perhatian dan kasih selalu
Sedang giliranku makin dicatu

Aku tak ingin dengar
Perbualan kalian buatku tegar
Tak perlu menyorok di balik pintu atau di celah-celah buku
Aku tahu dia mencari kemana kamu

Kerana aku cinta
Aku semakin lemah untuk bersuara
Rasa janggal, rendah diri pun iya juga
Bimbang kau tanyakan aku ini siapa
Sedang ku sedar aku yang kedua

Aku tak mahu peduli
Apa yang kau beli untuknya tadi
Mataku pejam saat kau hilang
Baikku diam dari meradang

Kerana aku cinta
Aku tak patut cemburu
Biar saja masa menentu
Apa kamu untuk dia atau aku

1 comment:

Anonymous said...

kadang2
cinta membuatkan kita menjadi sibodoh yang mengabdikan diri