Friday, June 24, 2016

#

Terasa aneh
Bila kau di sana mencari perhatian
Bila kau pula minta diperhatikan

Terasa lucu
Bila kau mahu penjelasan
Atas apa yang kau mulakan

Terasa pelik
Bila kau tanyakan jawapan
Pada persoalan yang pernah aku utarakan

Kau tak punya masa
Tiada ruang untuk berbicara
Tiada ruang untuk bersua

Bukankah dari awal sudah dijanji?
Menyayangi hanya bila disayangi kembali
Memaklumi saat hatiku bukan milikmu lagi
Tidak bertengkar bila aku di pihak yang benar
Dan membiarkan kau pergi tanpa mencabar

Maaf
Aku tak punya hati
Langsung tak mempeduli
Aku memang kejam begini
Kerana jiwa yang parah terluka
Tak bisa serahkan peluang kedua
Tidakkah diamku ini membunuh rasa?

No comments: