Wednesday, May 7, 2008

aku yang bosan

aku bosan...
lalu...
aku terbang ke langit bersiar-siar bertemankan kawanan burung
aku menyulam awan menjadi lapik peraduan berselimut tenang tanpa gangguan
aku selam lautan dalam berenang dengan sahabatku sang ikan yang berwarna warni
aku sentuh lantai berpasir cuba berdiri tapi tubuhku ditongkah arus kuat
aku kembara ke hutan belantara mencari segala haiwan berbisa
aku berehat di air terjun hingga menggigil kesejukan dan langit kirmizi beralih gelap pekat
tapi tanpa kau disisi...
aku bosan...

untuk kamu yang aku tunggu

Tuesday, May 6, 2008

monolog I

dengarkan derapan tapak kakiku kerana aku mengejar masa
dengarkan degupan jantungku yang telah lemah kerana kata-kata
bila dunia sunyi yang kedengaran hanya detik di hati
langit juga begemerlapan dengan janji
tak dapat ku raih, cuma dapat ku pandang sepi
sama seperti layang-layangku yang putus tali
tak sempat ku gapai, ia terus terbang tinggi

dan pergi

sudah aku katakan
jadilah dirimu kerana yang itu aku mahu untukku
lelaki yang memimpin tanganku demi mengharung api
tak berguna
siapa yang mahu diremuk jiwa, direntung dengan nista?
aku mahu kamu
yang memeluk tubuhku menjauhi bara

dan pergi
dan pergi

Friday, May 2, 2008

mahukah kamu?

aku mahu ketemu kamu
saat ku singkap tabir malam
aku mahu senyuman kamu
bila tanganku dalam genggaman
aku mahu perjalanan jauhku tidak sia-sia
kerana hadirku kau raih dengan gembira

itu mimpiku saban hari
tanpa silu ku campak realiti

Sunday, April 27, 2008

i died but still dying

i died
along with the whizzes of the battery
together with the clicking and typing sound
that has been a part of me
i died
i stopped wanting to know my destiny
for im starting to see everything as memory
i thought i no longer live in this pathetic journey
i am still dying
i screamed and shouted at the stars
i looked up and cursed the moon
i said i wanted to live longer!
but i died
i simply stopped functioning
because what has been taken from me
is the soul itself
i care not for the body, im dying because of the memory
for some reason, it has always been taken from me
as i died again and again
for another thousand times tonight
i still cant see any light
darkness surrounding, almost challenging
for me to run
to get up and believe that sun is still existing
i cant
i just cant
or maybe i dont want to
or maybe
i
just
hate
you

Monday, April 21, 2008

hujan lebat

Hujan lebat membasahi aku yang ketakutan
Rimbun dahan memayungi aku yang kegelisahan
Jalan gelap mematahkan hati untuk bertahan

Aku mahu tidur
Lupakan realiti ini kerana aku mahu bermimpi
Bergelak tawa di taman indah bertemankan pari-pari
Langit cerah, mentari ceria dan aku bahagia
Lenyapkan kenyataan bahawa kau sudah pergi
Sekarang kau dan aku hanya berdua di sini
Nyaman rangkulan dan hangat ciuman berselang seli
Langit cerah, mentari ceria dan aku bahagia

Bangun!

Hujan lebat masih membasahi
Aku masih takut
Rimbun dahan tetap memayungi
Aku tetap gelisah
Jalan kian gelap
Hati telah patah

Thursday, April 17, 2008

jangan memendam

jangan memendam pada jerih perihnya aku
punya bahagia sekelumit yang diambil sekali aku kerdipkan mata
ketahuilah awanan yang gelap sedari pagi menjengah rasa
lewat petang masih merungkai sebak di dada
bersoraklah sekalian maya pada aku kerana masih bernyawa
ditumbuk digoncang dipukul bertalu masih ketawa
tiada yang tahu setiap kali subuh menjelma
ku bangun meratap meraung, sayu dan hiba
aku mahu tutupkan mata
belayar ke pulau di tengah dunia tanpa ada siapa-siapa

jangan memendam pada kusut masainya jiwaku
bertatih dan rebah, berulang kali mencuba masih lemah
genangan airmata ku tahan kerana penat
penat.. penat yang teramat
di hadapanku layar putih menarikan kisah kita
bagaimana tingkahku mendabik dada
pada mereka aku khabarkan berulangkali yang kau cinta
sekarang aku lontarkan nista pada diri sendiri
melemparkan saputangan lencun pada layar yang masih menari-nari

jangan memendam
kerana kau tidak tahu
dan aku
juga
begitu

kau tiada

Jauhnya cinta
Sekali terpejam aku terlena
Bila terjaga masih tiada
Terdiam di sudut menyeka airmata
Terpisah berpisah membunuh rasa
Rakus menjerut jiwa tiap ketika

Tiada

Peritnya cinta
Membilang saat menyorot waktu
Melaung nama seolah kau tahu
Diracik sukma merintih pilu
Mencari cahaya akulah kelkatu
Terbang melayang bersama sang bayu

Pun kau tiada.

Sakitnya cinta
Ombak menghempas ku pandang sepi
Pasir memutih tidak bererti
Aku kenangkan kita mencipta ilusi
Di sini. Di sini kita berdiri
Nun di sana kita berlari
Mengejar mimpi
Akhirnya aku yang terjelepuk sendiri

Engkau masih juga tiada

Aku mahu gapai kamu di kejauhan itu
Aku ingin rasa bahagia di keperitan itu
Aku jujur gembira di hujung kesakitan itu

Tidak apa. Aku rela.

Tapi kau tetap tak kunjung tiba.

Wednesday, April 16, 2008

takut

untuk kamu yang kuat

hati mereka kuat.
jiwa mereka gagah.
kerana itu aku takut.
takut aku kan rebah.
tak sempat kenal erti payah.
tak tahu erti susah.
aku takut.
kalau dugaan mendatang.
aku tak sehebat mereka.
yang masih mampu menggoncang dunia.
walau bergelumang dengan sengsara.
andai kering sudah airmata.
apalagi lambang derita?

Thursday, April 3, 2008

temukan

temukan aku dengan cinta
ingin aku tanyakan
bagaimana rasanya
menjadi sesuatu yang berharga
ingin aku selami
bagaimana rasanya
dibaja sentiasa
ingin aku persoalkan
kenapa mereka bahagia

aku mahu tahu
kerana aku tak punya kamu

Wednesday, April 2, 2008

either you dont sleep, or you dont wake up

i slept peacefully
dreaming of drizzling rain
as i stood there
watching you from far
waving with a smile
*sigh*
i can still smell the air

....

i woke up to a thunderstorm
where was the drizzling rain again?