dia tetap tidak mahu tahu
apa sebenarnya yang terbuku dalam kalbuku
dia enggan setuju
dengan apa saja usulku
mungkin dia sudah memiliki
maka dia tak runsing lagi
dia tahu aku takkan pergi
tidak mampu menghilangkan diri
dia lukakan aku setiap hari
jantungku berdegup hanya menunggu mati
jiwaku senyap sunyi
hatiku remuk dihenyak janji
bagaimana harus ku yakini lagi?
2 comments:
keranA dia tahu makanya dia fikir dia ada kuasa
tapi sampai bila?
Post a Comment