Thursday, October 23, 2008

aku tak mampu

kerana aku tak mampu pergi
dan berdiri di situ sendiri
aku di ajar bergantung harap
aku di suruh meminta minta
aku dipaksa merayu hiba

biar ku jerit jangan
meski ku laung bukan
kau pantas menyekat lautan
tsunami garang itu kau bijak leraikan

rintih merintih
tetap menagih kasih
bodoh
bangang
biar ditujah buat kali ke seratus
hanya mampu diam terkesima

"hey binatang"
"hey babi"
aku diam lagi
diam
diam
diam
sumpah seranah aku cuma dalam hati

kerana dia ini
yang aku cintai
sampai aku mati

untuk kamu sahabatku yang disumpah setiap hari, sayang aku tak mampu membantu menghilangkan cinta di hati