Friday, February 27, 2009

(sambil aku menuding jari ke dadamu)

ini kamu yang sudah ku ceritakan kepada mereka tentang kehebatan kasih sayangnya
ini kamu yang lembut bicara sekalipun marah membara
ini kamu yang mencium dahiku, pipiku, bibirku dan lafazkan setia
ini kamu yang melayanku mesra sekalipun lelah berkejar ke sini sana
ini kamu yang matanya pantas mengesan kekurangan tapi sentiasa menegur dengan tawa
ini kamu yang menggenggam jemariku berpesan agar sabar di duga
ini kamu yang memelukku erat saat rindu beraja
ini kamu yang rajin memujuk maka ku tahu rajukku tak sia-sia
ini kamu yang membuatku risau tak lelap mata
ini kamu yang ku tunggu-tunggu setiap masa dan ketika
ini kamu yang dengan sepatah kata dapat mengundang bahagia
ini kamu yang buatkan setiap hariku penuh warna

ini kamu milikku yang aku agung-agungkan

ini kamu

yang

aku

cinta

iya, tolong percaya.....

Dear Mr. Repairman

Please come and fix my broken heart. It has been three days now. My eyes are also overflowed with tears and therefore in need of a major repair work. Please arrange back the shattered soul to where it belongs. Your skills is appreciated and will ensure my smile.

Yours sincerely,
Desperate Housewife

dia

dia tetap tidak mahu tahu
apa sebenarnya yang terbuku dalam kalbuku
dia enggan setuju
dengan apa saja usulku

mungkin dia sudah memiliki
maka dia tak runsing lagi
dia tahu aku takkan pergi
tidak mampu menghilangkan diri

dia lukakan aku setiap hari
jantungku berdegup hanya menunggu mati
jiwaku senyap sunyi
hatiku remuk dihenyak janji

bagaimana harus ku yakini lagi?

Monday, February 23, 2009

(ii)

aku enggan lari
tak mahu mengomel
tak ingin hingar
aku enggan terlentang
tak mahu panas
tak ingin ketawa
aku enggan tak dipeduli
tak mahu diterajang
tak ingin dipukul

aku mahu duduk, diam dan sepi
aku mahu berselimut, beku dan nangis tak henti
aku mahu ditenung, dibelai dan dicium sekali lagi

(i)

pagi dengan kamu adalah gembira bila bertentangan mata
pagi dengan kamu adalah teguran mesra dengan senyuman bermakna
tengahari dengan kamu adalah perkhabaran saja kerana tak berjumpa
tengahari dengan kamu adalah angan-angan mitos cinta
petang dengan kamu adalah cerita tentang masa
petang dengan kamu adalah senda mengatakan suka duka
malam dengan kamu adalah sentuhan hangat yang bahagia
malam dengan kamu adalah degupan hati yang sama

sehari dengan kamu adalah penyebab aku masih bernyawa

kalaupun

kalaupun jemari tak betah lagi menarik aku pergi
kerana tersekat terhalang dek rangkulan bertali
sayang,
temankan saja aku di sini
aku hanya perlukan senyum kamu setiap hari

Thursday, February 19, 2009

a collaboration

aku pernah di langit biru
aku juga telah sampai ke angkasa yang luas itu
akhirnya aku tahu aku tak mampu bertahan
aku jatuh dan jatuh dan jatuh
tidak di bulan lagi, jauh dari matahari
tidak juga merapuh di bumi
aku masih di awang-awangan
bertemankan awan dan burung2 berkicauan
mungkin kamu antara burung itu?
yang singgah sebentar di dahan rindu
bertanyakan khabar jiwaku
dan pergi lagi untuk membisu

by eein & me
susahla nk stop dari tulis kalo idea dah mencurah. haha.

Tuesday, February 17, 2009

PUISI BERSAMBUNG

Nonie wrote:
VERSION I

Relevankah dia...
Jadi sebahagian agenda mindaku
Jadi remote control emosiku
Jadi utara kompas hatiku
Jadi ilham mata penaku...

Wajie wrote:
VERSION II

relevan untuk dia jadi dahan tempat berpaut,
jadi muara tempat berlabuh,
jadi kunci pembuka bahagia yang bakal mendatang

Eein wrote:
VERSION III

Relevankah dia…
Jadi bulan yang dirindu
Jadi lagu nyanyian bibirku
Jadi angin penyejuk jiwaku
Jadi kanvas lukisan cintaku
Jadi api pembakar semangatku
Jadi perkara terakhir sebelum tidur malamku

Dianne added:
Dan... yang pertama buatku senyum saat bangkitku

Dianne wrote:
VERSION IV

Relevankah dia…
Jadi tajuk utama berita kasihku
Jadi watak karangan cintaku
Jadi tema mimpi indahku
Jadi pesona angan bahagiaku
Jadi putera kisah dongengku

Edited 18 Feb 09

Kak Azah wrote:
VERSION V

Relevankah dia...
Jadi suria yang menyinari alamku
Jadi bintang yang berkerdipan dalam hidupku
Jadi bayu yang membelai lembut tubuhku

Relevankah dia...
Jadi awan yang meneduhiku
Jadi sungai yang melenyapkan hausku
Jadi gunung yang gagah melindungiku

VERSION V point I

Relevankah dia...
Jadi doktor mengubati hatiku
Jadi arkitek mengarca jiwaku
Jadi jurutera membina kasihku
Jadi peguam membela cintaku

VERSION V point II

Relevankah dia...
Jadi nota bagi muzikku
Jadi irama untuk laguku
Jadi bait dalam syairku

Azlina Idris wrote:
VERSION VI

Relevankah dia jadi impianku walaupun die meniduri semua wanita yang bermain mata dengannya
Relevankah dia jadi cintaku walaupun die sebenarnya masih 'boy' dan belum lagi menjadi 'man'
Relevankah dia jadi duniaku walaupun die pijak-pijak dan campak-campak perasaanku
Relevankah dia jadi cahaya hidupku walaupun perkataan 'berterus terang' tidak wujud dalam kamus hidupnya
Relevankah dia aku agung-agungkan hanya untuk menepati harapan dan impian usia

Sue Abdullah wrote:
VERSION VII

Relevankah dia
Jadi penunggu setiaku
Jadi pencuri hatiku
Jadi penagih kasihku
Jadi penawar lukaku

Ili Liyana wrote:
VERSION VIII

Relevankah dia...
Jadi raja pujaan hatiku
Jadi kompas mengarah setiaku
Jadi baja memekar kesuma jiwaku
Jadi tunggak pemangkin semangatku

Rabiatul Asma wrote:
VERSION IX

Relevankah dia..

Jadi bayang disetiap langkahku
Jadi igau disegenap mimpi siang dan malamku
Jadi sendu yang menangisi sepi hatiku
Jadi kisah sedih yang entah bila kan terpadam

Hareez Hafni wrote:
VERSION X

Relevankah dia...
Jadi nafas dalam nyawaku
Jadi daya dalam gerakku
Jadi ilham dalam laguku
Jadi tangan cengkam hatiku

Relevankah dia...
Jadi mimpi dalam hidupku
Jadi maut dalam matiku

Edited 19 Feb 09

Eein wrote :
VERSION XI : ISLAMIC
Relevankah dia
jadi imam di setiap solatku

Dianne added :

jadi guru yang ku damba ilmu
jadi pembimbing saat ku perlu
jadi suara yang menjauhkan aku dari dosa
jadi kekuatan yang membawaku pahala

Eein wrote :
VERSION XII : SCIENTIFIC

Relevankah dia
jadi vaksin imunisasi deritaku
jadi vitamin penguat rohaniku
jadi darah mengalirkan oksigen cinta ditubuhku

Mazlinda Mahmood wrote :
VERSION XIII

Relevankah dia...
Jadi angan dalam khayalku
Jadi igau dalam mimpiku
Jadi noktah pada sepiku
Jadi penghujung penantianku..

Edited 20 Feb 2009
Muhammad Yusri Yahya wrote:
VERSION XIV

Relevankah dia…

menjadi isteriku yang susah senang bersama-sama...
menjadi ibu pada anak-anakku,
mengajar mereka menjadi insan yg mampu mengenal haq dan kebatilan,
menjadi pendokong ku ketika musibah dtg tanpa diundang...
mejadi pembakar semangatku tika jiwaku layu
memberiku nafas kehidupan
menunjuki ku ke arah jalan yg lurus
andai aku tersasar dari kemudi...


CREDIT :
Nur Izni Mohamad a.k.a Nonie is ZS Alumni 96, Maher Alumni 01, UIA Alumni 07 and currently working as Quantity Surveyor.

arang

arangkan hati aku
dari senyum kamu yang membahang
rantaikan ia dari berlarian
tiapkali kau mendepangkan dada
simpan ia dalam kaca
jadikan perhiasan utama
kerana sungguh aku tak mampu
berselindung dari mencinta

bosan ahhh tunggu boss duk meeting ni.. huhu~

Tuesday, February 10, 2009

cerita rindu

dingin air disentuh panas
kesat batu terasa licin
terjatuh mengaduh
tangan calar balar cuba bergayut pada dahan nipis yang hanya ranting
daun kering bertaburan saat langit menghambur hujan
dekat manapun takkan nampak
luka aku jauh di satu sudut di selekoh berliku di hujung waktu

ini percubaan kali keseribu untuk memujuk sunyi yang berdenting dalam hati
malang tak berjaya juga
tidur bangkitku masih teringatkan kamu dan kelopak rindu pun bergelimpangan
ini cinta terakhir yang ku pendam dari api jadi arang jadi debu
mungkin hapus bila matahari malap
lagipun bukankah kamu itu bulan aku yang setia
kamu di orbit tersendiri pada paksi yang berlegar putar sesekali cerah menyinar
tanda senyum
tanda sayang
aku yakin aku takkan lupa walaubagaimanapun cuba dikata nista

kalau diracik jiwa yang sudah lembik longlai apalagi yang tinggal?
kalau dipeluk erat mimpi bila sudah jaga apalagi yang ada?
kau boleh pukul hatiku hingga berdarah merah dan riuk patah
tapi setakat itu sajalah kerana cinta aku kebal berdinding janji setebal tembok besi
tak goyah, gusar mahupun risau

ada yang menyoal apa yang berlaku saat berhenti berharap
aku ketawa dan bertanya kembali pada dia adakah sekarang aku belum berhenti?
sesungguhnya aku sudah berhenti tetapi tak letih melukis angan
untuk tenangnya pada dasar aku sanggup menanam impian
suatu ketika bila segala berlumpur berpasir aku impikan dahan kukuh
iya, pada dasar yang dalam itulah

mega putih berarak longlai sewaktu pelangi petang datang menyisihkan warna
cantik…
seperti terus terusan senyum kamu mengindahkan lagi hari-hari aku
jangan tinggal aku seorangan ya?

Thursday, February 5, 2009

rasa aku

bila hati diletakkan di hadapan akal... semua pun jadi kacau bilau.
bila jiwa sengsara sendiri tanpa ada yang menyanyi... yang bingit pun jadi bisu.

tolong aku...
aku tak tahu apa yang aku mahu...
mungkin kalau diberi diletakkan ke tangan pun aku buat tak tahu...
sebab aku sangkakan itu aku tak perlu...

Tuesday, February 3, 2009

perang

periuk api merata-rata
hatiku berperang juga seperti mereka di sana
tak tahu memilih jalan yang mana
ke kiri ku hancur
ke kanan ku lebur
aku lontarkan mortar derita
aku panahkan api sengsara
jauh ke angkasa sana
hah! tapi yang kembali masih juga airmata
sekali kamu sakit berkali aku pedih
mungkin aku saja yang pantas bersedih?
latar langitku percikan luka
kamu suntikan gembira di bahu cinta
maka di dada gerhana saat berduka
sayang, aku ingin di sisi kamu saja