Monday, January 5, 2009

hah!

kosong hati
berteman hujan yang laju mengetuk jendela
sejuk mengigit tubuh
kau sudah pergi bersama janji bertaburan bagai sampah
aku mahu kutip kembali
tapi tak mungkin
aku mungkin rapuh tapi tak akan sebodoh itu
mindaku berlegar dengan perkataan 'sudah!'
langit terang bersuluh tapi aku gelita
lalu gelap kelam aku sendiri
cuba merenung kerlipan bintang
yang aku nampak cuma malam
kau bunuh jiwa ini
yang retak kau hancurkan lagi
sungguh aku tak mengerti
dan tak percaya
terlalu baru kita bercerita cinta
terlalu mudah kau menafikan isinya
bijak sungguh kau mengatur kata
hingga aku terdiam tanpa bicara
kejam sungguh, pedih yang amat
tapi...
kau sangka aku siapa?
jangan terlalu banggakan diri, sayang
kau sebenarnya tiada apa untuk ku kenang
bukanpun hebat untuk ku tatang
maaf, hormatku padamu sudah hilang

for eein, my bestfriend who deserves WAY better. love you babe!

6 comments:

Anonymous said...

kalau dia bukan utk kita...mmg ternyata dia bukan yang terbaik.. setuju?

her royal highness said...

setuju!

:)

Feng said...

jangan berpusing lagi.



cukup.
:)

bulan. said...

yang part akhir tu sgt bgs.
ludahkan kata2 tu di muka dia.
biar dia rasa.

Farah Rosni said...

manusia rumit, saya setuju sama kamu.

her royal highness said...

check out his reply..

"diriku tiada apa untuk dikenang, bukan juga hebat untuk ditatang... sorry, biarkan aku dlm dunia gelapku".

cess. he broke up with her, dia pulak yg emo.

hu~