Wednesday, November 10, 2010

kalau kau hilang

raung di celah batu
tiada sembunyi tiada berusik
tapi sepi
hati ini aku ronyok
jadi pecah berderai
berkaca-kaca di tepi pantai
kutip kembali dan tanam sedalam-dalam
tangis hingga kusam
marah kerana bodoh terlalu percaya
bosan kerana sendiri terlalu sakit rasanya
ketawa itu tak ada
mungkin senyum tapi seadanya
sayu memandang langit
dada jadi perit
aku mungkin melayang ke langit


semua aku
kalau kau hilang

No comments: