Tuesday, December 30, 2008

hentam

hentam aku kerana rindu
biar bulan mencebik aku tetap bisu
tak sanggupku bersuara
tak mampuku berdamai
dengan butir hujan yang kelamkan niatku
bermesra dengan bulan
malam ini aku menangis
iya, kali keduapuluh sudah tapi aku tak gentar
tak takut
kekuatan ini datang dari cinta kamu
yang cuba kau lerai tapi aku kusutkan
yang cuba kau gelap tapi aku cerahkan
mestikah aku berpura
sedang nuansa hatiku putih bercahaya saat kau tiba?
tak perlu sudah aku berbicara
kerana mataku sedang berkata-kata
suara yang tembus di jiwamu dan kau tak sedar
kau telah mengatakan iya
rindu yang aku kambus dalam pasir di teluk ini
aku gali
sengaja mencuri tenang
sengaja membiar kacau
aku gusar sebagaimanapun
bibir kamu yang sedang senyum itu
menghancurkan niatku untuk menggila
aku tahu kau suci
tak perlu aku rapuhkan hidupmu lagi
kamu itu kelkatu besi
berpusing bising tak akan mati
paling tidakpun, bukan di hati ini
tidak, kamu tak mati di jiwa ini
janji...

2 comments:

Amer Yusof said...

biar saja kita syair kepada rembulan, sebab dia tetap satu dan tak berubah. Jangan kita rindukan bintang, yang kita tak pasti apakah yang sama untuk keesokan harinya...

p/S: bulan adalah subjek yang comel. hehehe. mcm wulan guritno, pelakon indonesia...

her royal highness said...

betul! dan iya, bulan subjek yg sgt comel.. :))