Wednesday, June 17, 2009

Kolaborasi Hati - the nicest one so far. :-)

Dianne wrote:

Bila saya jeritkan pada hutan
Daun pun berguguran
Bersama hati semua jatuh berselerakan
Rindu.
Sungguh.

Kamu tak tahu betapa banyak masa saya habiskan
Pun tak mengganggu kerja tapi dalam fikiran
Mencatur mencongak apa yang kamu mahukan
Bila diam membisu saya keresahan

Eein wrote:

Bila saya jeritkan pada pantai
Ombak tenang pun menjadi badai
Jiwa saya ribut tak pernah selesai
Risau.
Sungguh.

Kamu hadir di kala lewat
Pergi pula terlalu cepat
Puas menunggu namun aneh, saya tak pernah penat
Bila jauh, kamu tetap saya ingat

Nonie wrote:

Bila saya jeritkan pada angin
Gerimis hadir sebarkan sayu seisi bumi
Seperti hati saya, namun tangisnya dalam diam
Pedih.
Sungguh.

Kita pernah singgah pada babak yang sama
Kita sedang bertapak pada jejak yang serupa
Kita masih di situ berkongsi rahsia alam
Cerita saya dan cerita kamu berbeza
Saya jadi pasrah pada pengakhirannya
Bila tiada kamu di penghujungnya

Zieda wrote:

Bila saya jeritkan pada hujan
Kilat pun berdentum
Jantung saya berdegup kencang
Takut.
Sungguh.

Kamu sungguh dah berbeza
Kamu sibuk tak endahkan saya
Saya takut kamu berlalu
Walau sibuk mana saya mesti ingat kamu


Balqis wrote :

Bila saya jeritkan pada gunung
Batu-batu yang kukuh mula runtuh
Saya tertanya sendirian
Bingung.
Sungguh.

Kenapa kamu tidak pernah peduli
Kenapa kamu tidak pernah mengerti
Atau kamu berpura-pura?
Walau hati amat mencintai...

Bila saya jeritkan pada bulan
Gerhana datang gelapkan alam
Saya di sini kesepian
Sunyi.
Sungguh.

Kenapa kamu tak kunjung datang
Kenapa kamu bergegas pulang
Atau kamu tak mahu berjanji?
Kerana risau hati saya dilukai…

Wajie wrote :

Bila saya jeritkan pada langit
mendung berarak seolah mengerti rahsia hati
Keliru.
Sungguh.

Jangan persoalkan kenapa terjadi
Jangan harapkan sesuatu yang tak pasti
Terluka atau melukai
Itu pilihan kita sendiri

Bila saya bersujud berserah pada Tuhan
Tenang melingkar jiwa yang hampir mati
Damai.
Sungguh.

Wahai hutan,pantai,angin,hujan,gunung,bulan dan langit
Dengarlah rahsia hati kami
Bawakan keindahan bukan kesedihan
Kerana kami selayaknya disayangi

:)

No comments: