Friday, December 11, 2009

Lewat

Dia pasang lampu kelip-kelip
Di tengah pekat malam
Moga nampak wajah si gadis
Moga cerah harapan memandang si manis

Dia maju lima langkah ke depan
Terjenguk-jenguk di perkarangan
Kereta Kelisa di buka tutup pintu
Konon mencari ke mana sepatu

Dia berjalan ke tepi rumah
Mengutip dua tiga helai daun sebagai sampah
Keringat di dahi mula tumpah
Dia terduduk resah gelisah

Dia tidak tahu
Gadis sedang memandang sayu di sebalik pintu
Cintanya akan pergi malam itu
Kerana dia terlewat
Lambat sungguh meluahkan apa di kalbu
Dan esok gadis akan bergelar isteri baru

No comments: