Tuesday, December 15, 2009

semalam saya mimpi

Semalam saya mimpi kita berlari
Berpegangan tangan ketawa riang
Awak senyum seceria mentari
Kalau begini, biar selamanya siang

Semalam saya mimpi awak nyanyikan lagu
Sambil merenung ke tasik biru
Awak katakan cinta kita takkan berlalu
Sekukuh tembok berbatu

Hari ini saya bangun pujuk diri
Menangis bagaimanapun awak tetap pergi
Lagu indah saya simpan di sudut hati
Dan… saya tetap senyum bahagia
Saya tahu awak pasti ada
Malam nanti kan saya boleh mimpi yang sama?

in response to Eein's poem :

Semalam saya mimpi kita pegang tangan
Jalan-jalan tepi kolam
Awak senyum seindah bintang
Kalau begini, biar selamanya malam

Semalam saya mimpi awak bacakan buku
Sambil baring atas padang
Awak cerita sepertinya berlagu
Hati runsing bertukar tenang

Hari ini saya bangun pujuk hati
Awak lepas tangan saya lalu pergi
Buku saya simpan dalam almari
Dan... air mata basah di pipi
Saya tahu awak tak mungkin kembali
Kerana semalam hanyalah mimpi

No comments: