Saturday, November 26, 2016

Sonata Cahaya Bulan (ii)

This is the 2nd translated excerpt from a translation of a classic Greek poem 'Moonlight Sonata' by Yiannis Ritsos. English translation by Peter Green and Beverly Bardsley.

Kita berhenti sejenak di hujung dinding, di atas bukit,
dan saat angin yang bertiup ke segenap sudut
kita terbuai angan seolah terbang melayang
kerana sering kali, malah ketika ini pun, aku bagai terngiang
bunyi selendang yang ku pakai ini berterbangan
seolah bunyi sayap terbuka dan terkatup memecah hening
terasa sesaknya nafas, sakitnya dada
dan bila jiwa dipeluk awan di tengah-tengah bunyi sayap itu
terasa sesaknya nafas, sakitnya dada
terhimpit di celah-celah udara langit yang membiru,
menyelinap ke saraf-saraf syurga,
tiada beza sama ada kau pergi atau kembali
tiada beza sama ada kau pergi atau kembali
dan tiada juga bezanya tatkala rambutku bertukar putih
(bukan itu yang menjadi duka – yang mengundang sayu adalah kerana hatiku tidak pula bertukar sejernih kaca)
Benarkan aku menurut jejakmu

No comments: